Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fujifilm xm5

Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948

Diterbitkan Oktober 15, 2024 oleh Rushsyafizal

Fujifilm baru sahaja melancarkan X-M5, kamera tanpa cermin dengan lensa boleh tukar yang direka khas untuk penggiat kandungan seperti vlogger dan pencipta kandungan harian.

Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948
Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948
Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948
Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948
Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948

X-M5 adalah kamera teringan dalam siri X Fujifilm, hanya seberat 355 gram. Ia dilengkapi sensor CMOS 26.1-megapiksel dan X-Processor 5 yang berkuasa, memberikan kualiti imej yang lebih baik berbanding kebanyakan telefon pintar. Walaupun tiada penstabil imej dalam badan (IBIS), ciri-ciri seperti skrin LCD boleh laras penuh dan mod video 6.2K/30P menjadikan kamera ini sesuai untuk vlogger.

Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948

Antara ciri menarik X-M5 ialah tiga mikrofon terbina dengan empat mod arah bunyi, serta dail simulasi filem untuk akses cepat kepada lapan pilihan filem ikonik Fujifilm. Namun, beberapa kekurangan seperti resolusi LCD yang biasa dan bateri berkapasiti kecil mungkin memerlukan pengguna membawa bateri tambahan.

Dengan harga berpatutan sekitar RM3,948 ia menjadi pilihan sesuai untuk mereka yang ingin menaik taraf daripada kamera telefon pintar. Untuk bulan ini Fujifilm menawarkan promosi sempena bulan pelancarannya bermula 15 Oktober hingga 16 November 2024 dengan penawaran harga biasa untuk badan sahaja manakala untuk badan berserta lensa 45mm kit ditawarkan pada harga RM4,398.

Selain itu, Fujifilm turut memperkenalkan lensa XF16-55 f/2.8 II yang lebih ringan dan tajam, menawarkan panjang fokal 500mm (bersamaan 762mm dalam format 35mm) dengan apertur F5.6.

Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948
Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948
Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948

Dengan speksifikasi yang diberikan, menjadikan ia sesuai untuk fotografi hidupan liar, burung, dan kapal terbang yang memerlukan kadar zum yang tinggi. Dengan berat hanya 1,335g, XF500mm F5.6 direka agar mudah alih dan ringan, meskipun merupakan lensa super-telefoto. Ciri resolusi tinggi serta teknologi pembiakan warna unik Fujifilm dengan harga RM14,988.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Siri vivo X200 Rasmi - Cip Dimensity 9400, Kamera Telefoto 200MP, Bateri BlueVolt
  • nubia Z70 Ultra Didedahkan, Skrin Hampir Tiada Bezel
  • KTM Jadi Pengeluar Pertama Sertakan Android Automotive Pada Motosikal
  • Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket 'Scammer'

Sumber : FUJIFILM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY