Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Renault Filante Record 2025

Bentuk Seakan Kereta Batman, Ini Adalah EV Rekaan Renault

Diterbitkan Januari 31, 2025 · Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam usaha untuk memecahkan rekod kuasa prestasi dan julat yang ada ditawarkan pada model-model kenderaan elektrik (EV) yang ada di pasaran ketika ini, Renault hadir dengan mendedahkan sebuah EV dengan reaan radikal dipanggil sebagai Filante Record 2025.

EV radikal Renault ini dibangunkan dengan sasaran khusus iaitu untuk memecahkan rekod penggunaan kuasa dan julat EV.

“Kami mereka bentuk kenderaan ini sebagai arca yang sedang bergerak. Diilhamkan oleh pesawat pejuang dan rekod kelajuan abad kesembilan belas, ia mencerminkan kedua-dua prestasi dan keanggunan abadi. Setiap inci permukaan direka untuk menangkap cahaya dan mempamerkan garisan badan, yang kelihatan cair ke udara. Tingkap biru dan palet warna menggariskan lagi kesan yang ringan dan lapang ini. Reka bentuk secara keseluruhannya bertujuan untuk menyampaikan kesan aliran dan ringan.” Sandeep Bhambra, Pengarah Reka Bentuk Lanjutan, Renault dan Ampere

Renault Filante Record 2025 3
Renault Filante Record 2025 mempratonton pelbagai teknologi yang akan dikaji untuk digunakan pada pengeluaran kenderaan di masa hadapan.
Renault Filante Record 2025 5
Kedudukan pemanduan yang diilhamkan oleh F1 direka untuk ergonomik dan keterlihatan. Kaki pemandu diletakkan di atas bateri, untuk hasil seni bina yang lebih baik.
Renault Filante Record 2025 4
Projek ini melibatkan kerjasama rapat antara pasukan reka bentuk dan aerodinamik, untuk mencapai keseimbangan antara prestasi dan rupa.
Renault Filante Record 2025 2
Salah satu matlamat utama dalam pembangunan Renault Filante Record 2025 adalah untuk menjadikan kenderaan itu lebih ringan untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dan jarak.
Renault Filante Record 2025 1
Renault Filante Record 2025 dipadankan dengan tayar Michelin 19 inci yang direka khas untuk memberikan prestasi sambil memaksimumkan jarak.

Renault Filante Record 2025 ialah kereta demo elektrik yang direka untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dan menetapkan rekod baharu dalam penggunaan kuasa serta jarak perjalanan dengan bateri 87 kWh dari Ampere , sama seperti yang digunakan pada model EV semasa, Scenic E-Tech Electric.

Bentuk Seakan Kereta Batman, Ini Adalah EV Rekaan Renault
Renault Scenic E-Tech Electric.

Kereta satu tempat duduk ini mempunyai reka bentuk aerodinamik dengan panjang 5.12 meter,  1.19 meter tinggi, dan berat hanya 1,000 kg sahaja.

Sebagai makmal bergerak untuk menguji teknologi baharu, ia dilengkapi tayar geseran rendah, serta teknologi steer-by-wire dan brake-by-wire.

Diinspirasikan oleh 40 CV des Records (1925) dan Étoile Filante (1956), yang pernah mencatat rekod untuk Renault, ia akan dipamerkan di Rétromobile di Paris dari 5 hingga 9 Februari 2025 ini sebelum cuba menetapkan rekod kecekapan baharu pada separuh pertama tahun ini.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Purata Jangka Hayat EV Adalah 18 Tahun - Kajian
  • Pesaing LEGO Kini Dilancarkan

Sumber: Renault global media

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY