Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pesaing LEGO Kini Dilancarkan

Pesaing LEGO Kini Dilancarkan

Diterbitkan Januari 31, 2025 · Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh ariff bukhari

Mattel mengumumkan jenama baharu untuk set binaan seperti LEGO yang dipanggil Mattel Brick Shop; Walaupun butiran masih terhad, tetapi laman web rasmi baharunya telah dilancarkan.

“Dengan warisan dan kepakaran yang dipercayai oleh Mattel, Mattel Brick Shop direka untuk mengubah status quo dan meningkatkan pengalaman membina. Di sini, kami melangkaui batasan pembinaan dengan ciri dan bahan inovatif yang menggalakkan pembina mencuba sesuatu yang baharu.” Mattel.

Pesaing LEGO Kini Dilancarkan
Mattel Brick Shop diperkenalkan buat kali pertama di Pameran Mainan Antarabangsa Nuremberg.

Mattel menyatakan bahawa, Mattel Brick Shop menyediakan produk yang berkualiti, buku permainan yang mudah diikuti, binaan yang kukuh dan kreativiti yang tidak berkesudahan untuk mengembangkan imaginasi pembina.

“Matlamat Mattel Brick Shop adalah untuk memberikan nilai dengan setiap produk, termasuk lebih banyak ciri kejutan, lebih banyak peluang pasca binaan seperti penyesuaian dan lebih banyak kiraan bahagian, semuanya pada harga yang kompetitif.”

Jadi, ini mungkin bermakna, harga permainan ala ‘LEGO’ dari Mattel ini nanti akan lebih murah dari LEGO tapi berkualiti.

Mattel Brick Shop akan hadir dengan set pertamanya yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2025 ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Bandingkan Panjang, Lebar Dan Ketinggian Kereta Dengan Laman Sesawang Ini
  • Hot Wheels Dan Ferrari Umum Kerjasama, Bakal Lancar Barisan Model Utama, Ultra Premium Dan RC

Sumber: Mattel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY