Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kiub rubik terpantas

Rekod Terpantas Di Dunia Selesaikan Kiub Rubik 3x3x3 Dicatat Di Sepang

Diterbitkan Februari 24, 2025 · Dikemas kini Februari 24, 2025 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini telah berlangsungnya satu acara pertandingan kiub rubik, iaitu XMUM Cube Open 2025 yang telah pun berlangsung di University Xiamen Malaysia pada 15 dan 16 Februari 2025 lepas.

Apa yang menariknya pada acara itu adalah salah seorang peserta yang baru berusia 11 tahun telah berjaya mencatat rekod dunia baharu terpantas menyelesaikan kiub rubik.

Yiheng Wang dari China telah berjaya menyelesaikan kiub rubik dengan catatan masa terpantas di dunia bagi kategori kiub 3x3x3 selepas berjaya mencatat masa sepantas 3.08 saat.

Kejayaaan itu berjaya dirakam dalam video di acara tersebut.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan beliau memegang Rekod Dunia Guinness yang baharu bagi kategori menyelesaikan kiub rubik 3x3x3 terpantas di dunia ketika ini.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Max Park pada Jun 2023 dahulu selepas berjaya menyelesaikan kiub rubik sepantas 3.13 saat.

Berkaitan

  • Robot Mitsubishi Cipta Rekod Dunia Guinness Selesaikan Kiub Rubik Kurang Dari 0.5 Saat
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Acer Melancarkan 4 Monitor 'Gaming' Harga Bawah RM900

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY