Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
monitor gaming acer

Acer Melancarkan 4 Monitor ‘Gaming’ Harga Bawah RM900

Diterbitkan Februari 21, 2025 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia telah melancarkan barisan monitor berprestasi dengan memperkenalkan 4 monitor gaming AOPEN iaitu  monitor gaming melengkung model AOPEN 32HC5QU S3 dan 27HC5R Z1 di samping AOPEN 27KG3U M3 dan AOPEN 25MV1Q Z1.

AOPEN 32HC5QU S3 dan 27HC5R Z1

Bagi mereka yang mahukan sebuah monitor gaming yang  bukan sahaja besar tetapi cukup berprestasi dan harga marhaen, model AOPEN 32HC5QU S3 dan 27HC5R Z1 adalah pilihan terbaik untuk anda.

Ini kerana 2 model ini menyokong kadar segar semula sehingga 280Hz dan kadar tindak balas TVR (Turbo Visual Response) 1ms, memberikan visual yang kekal jelas walau dalam pertempuran sengit.

Kedua-dua model monitor ini juga diklengkapi dua pembesar
suara 2W terbina.

AOPEN 32HC5QU S3_03
AOPEN 32HC5QU S3 dilengkapkan panel VA 31.5 inci dengan resolusi WQHD dan kadar segar semula 180Hz.
AOPEN 32HC5QU S3_04
Model AOPEN 32HC5QU S3 dihiasi garisan merah di bahagain belakangnya serta dua pembesar suara 2W terbina.
AOPEN 27HC5R Z1_03_wp
Model AOPEN 27HC5R Z1 menggunakan panel VA 27 inci dengan resolusi FHD dan kadar segar semula sehingga 280Hz.

Anda boleh beli monitor AOPEN 32HC5QU S3 dan 27HC5R Z1 ini yang masing-masing berharga RM899 dan RM699 di stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/clmg65l
  • Lazada – https://invol.co/clmg663

AOPEN 27KG3U M3

Monitor gaming AOPEN 27KG3U M3 pula dilengkapkan dengan panel IPS 27-inci dengan resolusi WQHD.

Ia turut menyokong HDR10, kadar tindak balas GTG (Gray-to-Gray) 0.5ms yang pantas dengan kadar segar semula 180Hz.

Monitor gaming AOPEN 27KG3U M3

Monitor gaming AOPEN 27KG3U M3 hanya berharga RM699 boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/clmg65l
  • Lazada – https://invol.co/clmg663

AOPEN 25MV1Q Z1

Monitor gaming AOPEN 25MV1Q Z1 menawarkan pengalaman visual lancar dengan kadar segar semula 280Hz dan tindak balas 1ms.

Skrin FHD dengan ketepatan warna sRGB 99% memastikan paparan tajam, manakala panel VA meningkatkan kontras untuk hitam yang lebih mendalam.

Ia dilengkapi AOPEN Display Widget untuk kawalan mudah serta pembesar suara terbina dalam 2W.

Monitor gaming AOPEN 25MV1Q Z1

Monitor gaming AOPEN 25MV1Q Z1 berharga RM569 yang boleh dibeli dari stro rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/clmg65l
  • Lazada – https://invol.co/clmg663

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • OPPO Find N5 Rasmi, Telefon Lipat Nipis Dengan Harga RM7,999
  • OPPO Watch X2 Dilancar - Bateri Tahan 16 Hari, Harga Bermula RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY