Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reaksi Awal Huawei P50 Pocket – Enjin P50, Luaran Mini

Rekaan Huawei Pocket 3 Mungkin Unik, Mirip iPad mini Tapi Boleh Lipat

Diterbitkan Februari 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Huawei tahun lalu membuat kejutan dengan memperkenalkan telefon tri-lipat pertama di dunia dan ia pun masuk ke pasaran Malaysia.

Kini, Huawei dilaporkan bersedia melancarkan peranti mudah alih yang mencabar reka bentuk konvensional telefon pintar.

Richard Yu, Pengarah Eksekutif Huawei, mendedahkan bahawa produk baharu ini, dijangka diperkenalkan pada Mac, akan membawa inovasi yang sukar dibayangkan oleh pesaing.

Menurut laporan, peranti tersebut ialah Huawei Pocket 3, dengan nama kod “Verde.” Berbeza dengan telefon lipat biasa yang menggunakan nisbah 20:9 atau 21:9, Huawei memilih nisbah 3:2, menjadikan reka bentuknya mirip iPad mini versi boleh lipat. Paparan utama berukuran 6.3 inci, manakala skrin luar 3.5 inci.

Dari segi perisian, Huawei memperkukuh ekosistem HarmonyOS dengan sokongan syarikat gergasi China seperti Tencent, ByteDance, Alibaba, dan Meituan.

Dengan reka bentuk inovatif dan integrasi mendalam dengan HarmonyOS, Huawei Pocket 3 bakal menjadi pesaing utama dalam pasaran telefon boleh lipat.

Berkaitan

  • Huawei Pocket 2 Dilancarkan - Penarafan IPX8, 16GB RAM, 1TB Storan
  • HUAWEI Watch GT 5 Edisi Emas Kini Di Pasaran, Sokong Ciri Pembayaran QR TNG
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Sumber: innogyan

Gambar utama: Huawei P50 Pocket

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY