Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Pocket 2_3

Huawei Pocket 2 Dilancarkan – Penarafan IPX8, 16GB RAM, 1TB Storan

Diterbitkan Februari 22, 2024 · Dikemas kini Februari 22, 2024 oleh Amalina Athman

Huawei hari ini melancarkan telefon boleh lipat baharu, Huawei Pocket 2 untuk pasaran China.

Berkaitan

  • HUAWEI Watch Ultimate Dilabel Sebagai Jam Tangan Pintar Untuk Penyelam
  • HUAWEI nova Y72 Akan Tersedia 23 Februari Dengan FreeBuds Percuma

Huawei Pocket 2 menampilkan skrin buka lipat 6.94-inci OLED dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula adaptif 1-120Hz LTPO serta maksimum kecerahan 2,200 nit.

Huawei Pocket 2_6

Sementara paparan luar mempunyai saiz 1.15-inci OLED dengan sokongan kadar segar semula adaptif 1-60Hz LTPO. Engsel peranti dinaik taraf dengan bahan keluli roket sehingga 20% lebih kuat.

Tidak dinyatakan cip pemproses yang menjana Pocket 2, tetapi ia didatangkan bersama sokongan memori sehingga 16GB RAM dan 1TB storan.

Huawei Pocket 2_8

Dari segi kemampuan fotografi, peranti ini dimuatkan tetapan empat kamera termasuk 50MP utama, 12MP ultra lebar dan 8MP telefoto dengan 3x zum optikal.

Ia juga mempunyai 2MP kamera Hyperspectral dengan jalur UV 350-390nm dan apertur f/2.0. Kamera hiperspectral generasi kedua ini menggabungkan algoritma AI fusion dan boleh mengesan keamatan UV dan kemungkinan sunburn yang mendalam pada muka subjek. Di bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto 10.7MP.

Bagi menghidupkan peranti, Huawei Pocket 2 diisi dengan kapasiti bateri 4,520mAh yang menyokong pengecasan berwayar 66W dan 40W wayarles.

Huawei Pocket 2_1

Antara lainnya, ia mempunyai sokongan penarafan kalis air IPX8 sehingga 2 meter dan sistem pelesapan haba 3D yang dioptimumkan. Huawei Pocket 2 juga menyokong Bluetooth 5.2, NFC, serta menjalankan HarmonyOS 4.0.

Huawei Pocket 2_4

Empat pilihan warna tersedia iaitu Tahitian Grey, Rococo White, Taro Purple dan Elegant Black.

Harga

Huawei Pocket 2_Price1

Berikut merupakan harga Huawei Pocket 2 untuk pasaran China:

  • 12GB + 256GB – 7,499 yuan (~RM4,987)
  • 12GB + 512GB – 7,999 yuan (~RM5,319)
  • 12GB + 1TB – 8,999 yuan (~RM5,984)
  • 16GB + 1TB – 10,999 yuan (~RM,7315)

(Untuk pembelian produk Huawei yang lain, layari kedai rasmi di Shopee atau Lazada.)

Sumber: Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
©2026 WISER.MY