Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_004 (3)

Redmi K80 & K80 Pro Rasmi – Snapdragon 8 Elite, 6000mAh

Diterbitkan November 28, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi memperkenalkan dua model terbaru dalam siri Redmi, Redmi K80 dan Redmi K80 Pro. Kedua-duanya hadir dengan peningkatan ketara dari segi prestasi, bateri, dan reka bentuk.

Redmi K80 dilengkapi dengan Snapdragon 8 Gen 3, dengan paparan peranti ini menggunakan 6.67” OLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, HDR10+, dan Dolby Vision. Dengan bateri 6,550mAh, lebih besar daripada K70 sebelumnya.

Beralih pada bahagian kamera ia dilengkapi 50MP sebagai kemera utama dengan sokongan rakaman video 8K. Dengan penarafan IP68 kalis air dan habuk serta perlindungan Gorilla Glass 7i.

gsmarena_013 (1)

Peranti ini turut membekalkan ciri lain termasuk sistem penyejukan dual-loop vapor chamber untuk mengekalkan suhu rendah dan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan 1TB. Harga bermula CNY 2,500 (~RM1,600) untuk 12/256GB.

Redmi K80 Pro pula dikuasakan Snapdragon 8 Elite yang disokong cip Qualcomm untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan. Ia juga hadir dengan edisi Lamborghini yang eksklusif dengan reka bentuk bertemakan supercar dan aksesori unik.

Screenshot 2024-11-28 122953
Screenshot 2024-11-28 122940

Peranti ini menggunakan paparan 6.67” OLED QHD+ dengan kecerahan maksimum 3,200 nits dan perlindungan kaca Dragon Crystal 2.0. Dibekalkan bateri berkapasiti 6,000mAh, ia menyokong pengecasan pantas 120W (penuh dalam 28 minit) dan pengecasan wayarles 50W.

Kamera utama 50MP (OIS) dengan tambahan lensa ultra lebar 32MP dan telefoto 50MP (2.5x zoom), sama seperti K80 ia juga dijana sistem penyejukan 3D dual-loop vapor chamber untuk kawalan suhu lebih baik. Peranti ini ditawarkan pada harga bermula CNY 3,700 (~RM2,400) untuk 12/256GB.

Dengan gabungan cip andalan, bateri tahan lama, dan paparan berkualiti tinggi, Redmi K80 dan K80 Pro menawarkan ciri-ciri premium pada harga yang kompetitif. Sama ada untuk permainan, fotografi, atau penggunaan harian, siri Redmi K80 memenuhi semua keperluan dengan bergaya.

Telefon ini sudah tersedia di China, dan kita boleh menjangkakan kemasukan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan penjenamaan POCO.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Sony Kini Sahkan Jualan PS2 Melebihi 160 Juta, Paling Tinggi Dalam Sejarah
  • BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada 'NFS Most Wanted' 2005
  • 'Shoe 1', Emoji Kasut Lari Apple Jadi Produk Sebenar
  • vivo Penaja Utama Konsert Eric Chou, siri X200 Sebagai Telefon Konsert

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY