Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X7

Ini Rupa POCO X7 Dan X7 Pro

Diterbitkan Disember 31, 2024 · Dikemas kini Disember 31, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan tentang POCO yang sedang bersiap sedia untuk melancarkan beberapa model baharu, termasuklah siri Poco X7.

Kini imej awal yang dipercayai model POCO X7 Pro telah pun tertiris yang mempamerkan reka bentuk baharu dengan tetapan dwi-kamera.

Ini sekali gus berbeza dengan versi sebelumnya, POCO X6 Pro yang menampilkan tiga kamera dengan flash berasingan.

Selain itu, lebih banyak spesifikasi POCO X7 Pro juga didedahkan daripada kotak pembungkusannya yang menunjukkan peranti ini dilengkapi dengan 12GB RAM dan storan terbina 512GB.

POCO X7 Pro 1
POCO X7 Pro dijangka akan tersedia dengan versi Android terkini dan HyperOS 2.

Malah info baharu mendedahkan, POCO X7 Pro akan hadir dalam 3 pilihan warna iaitu kuning/hitam, hijau dan hitam.

Pemproses yang akan digunakan pula adalah MediaTek Dimensity 8400-Ultra.

Sementara itu, tarikh pelancaran bagi siri POCO X7 telah pun disahkan oleh pihak POCO iaitu pada 9 Januari 2025 akan datang pada jam 8.00 malam.

POCO X7

Berkaitan

  • Poco F7 Dan Poco X7 Mungkin Akan Dilancar Tidak Lama Lagi
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Instagram Jauh Lebih Popular Dari TikTok Dalam Kalangan Remaja Malaysia - Kajian

Sumber: XiaomiTime

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY