MediaTek baru-baru ini melancarkan cip berkuasa untuk kelas pertengahan premium, Dimensity 8400. Menariknya, ia merupakan cip pertama untuk segmen ini yang hadir dengan CPU semua teras besar.
Cip ini terdiri dengan lapan teras CPU Cortex-A725 yang berkelajuan sehingga 3.25 GHz yang mana mereka mendakwa dapat meningkatkan prestasi sehingga 41% berbanding pendahulunya.
Jika Dimensity 8300, CPU cip itu adalah 20% lebih pantas berbanding cip terdahulu. Selain itu, ia turut dikatakan 44% lebih jimat penggunaan tenaga.
Ia turut menyokong memori LPDDR5x, frekuensi maksimum 8533Mbps, storan UFS 4.0 dan juga skrin resolusi WQHD+ sehingga 144Hz.
Dari segi sambungan, ia menyokong dwi SIM 5G/4G, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4.
Ia juga dilengkapi GPU Arm Mali-G720 MC7 yang membawa peningkatan prestasi 24% dan 42% kurang penggunaan tenaga.
Tidak dilupakan kemampuan kamera yang menyokong sensor 320MP dan rakaman video 4K60. Akhir sekali, CPU ini turut hadir dengan unit pemprosesan AI MediaTek NPU 880.
Sebagai permulaan, Dimensity 8400 akan jadi pertama yang menguasakan telefon pintar terbaru Xiaomi, iaitu Redmi Turbo 4 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
{suggest}
Sumber: MediaTek