Xiaomi secara rasmi melancarkan Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition di Malaysia, menampilkan rekaan eksklusif hasil inspirasi daripada ikon global dan duta jenama Redmi, BamBam (Kunpimook Bhuwakul). Edisi terhad ini hadir dengan warna unik serta tandatangan BamBam pada panel belakang, menjadikannya peranti istimewa buat peminat.
Model ini mengekalkan kelebihan utama Redmi Note 14 Pro 5G, termasuk struktur tahan lasak All-Star Armor, perlindungan Gorilla Glass Victus 2, serta penarafan kalis air dan habuk IP68. Ia turut dilengkapi sistem kamera AI 200MP dengan OIS, zoom optikal 2x dan 4x, serta pelbagai ciri kreatif seperti Dynamic Shot dan Dual Video.
Dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7300-Ultra, peranti ini menawarkan prestasi lancar untuk gaming, penstriman dan multitugas, disokong bateri 5110mAh untuk penggunaan sepanjang hari. Paparan 6.67 inci 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman visual terang dan lancar, siap dengan pensijilan keselesaan mata TÜV Rheinland.
Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition ditawarkan dalam varian 12GB + 256GB pada harga RM1,299, dan boleh didapati bermula 7 malam, 19 Jun 2025, di kedai fizikal Xiaomi dan platform rasmi dalam talian termasuk mi.com, Shopee dan Lazada.
{suggest}