Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Pad 2-16×9-RGB

Siri Redmi Pad 2 Dilancarkan – Harga Bermula RM599

Diterbitkan Jun 20, 2025 · Dikemas kini Jun 20, 2025 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini melancarkan tablet terbaharu mereka, iaitu Redmi Pad 2 dan Redmi Pad 2 4G.

Menyentuh spesifikasi, Redmi Pad 2 dilengkapi skrin bersaiz 11-inci dengan resolusi 2.5K serta kadar segar semula adaptif sehingga 90Hz.

Redmi Pad 2-Gray-Handheld

Ia turut menerima pensijilan TÜV Rheinland bagi ciri seperti pengurangan cahaya biru, tanpa kelipan dan sokongan mod mesra kitaran tidur. Sistem audio menggunakan 4 pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio.

Redmi Pad 2_3

Redmi Pad 2 dikuasakan cip MediaTek Helio G100-Ultra bersama konfigurasi memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2. Model Redmi Pad 2 4G turut menyokong dwi-SIM dan sambungan 4G.

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan bateri berkapasiti 9,000mAh.

Redmi Pad 2_6
Redmi Pad 2_7
Redmi Pad 2_8

Tablet ini menggunakan sistem HyperOS 2 yang menawarkan ciri seperti Network Sync, Call Sync dan Shared Clipboard. Ciri-ciri ini membolehkan panggilan telefon dijawab terus di tablet, akses kepada hotspot telefon dengan mudah serta fungsi salin-tampal antara peranti yang lebih lancar.

Redmi Pad 2_2
Redmi Smart Pen-3
Redmi Pad 2+Cover+Pen

 

Redmi Pad 2 turut menyokong penggunaan Redmi Smart Pen yang menawarkan kadar segar semula 60Hz serta Redmi Pad 2 Cover yang menyokong fungsi ‘wake and sleep’ secara automatik dan boleh dijadikan pendiri.

Redmi Pad 2_4

Redmi Pad 2 didatangkan dengan pilihan warna Mint Green, Lavender Purple dan Graphite Gray. Sementara Redmi Pad 2 4G tersedia dalam warna Graphite Gray dan Mint Green.

Harga dan ketersediaan

Siri Redmi Pad 2 akan mula dijual pada hari ini, 20 Jun 2025, menerusi kedai rasmi Xiaomi, laman mi.com serta stor rasmi di Shopee dan Lazada. Berikut harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia:

Redmi Pad 2_9

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Redmi A5 Tiba Di Malaysia, Telefon Bajet Terbaru Serendah RM299
  • Xiaomi Lancar Peti Sejuk Pintar Mijia Cross Door 510L Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY