Xiaomi Corporation telah melancarkan Redmi A5, sebuah telefon pintar baharu pada harga mampu milik.
Direka untuk pengguna yang mahukan praktikaliti dan gaya, Redmi A5 hadir dengan rekaan bergaya, moden, dan hiasan kamera yang tampak premium
Tiga pilihan warna ditawarkan: Midnight Black, Sandy Gold, dan Ocean Blue. Dengan ketebalan hanya 8.26mm, telefon ini selesa dipegang dan mengekalkan penampilan elegan.
Antara ciri-ciri utama Redmi A5 adalah:
- Paparan besar 6.88 inci dengan kadar segar semula sehingga 120Hz serta teknologi sentuh basah untuk penggunaan semasa tangan lembap.
- Perlindungan mata TÜV Rheinland dan DC dimming untuk mengurangkan ketegangan mata.
- Kamera AI dwi 32MP di belakang yang mampu merakam gambar terang dan jelas walaupun dalam pencahayaan rendah. Kamera hadapan 8MP pula dengan cahaya lembut untuk swafoto dalam gelap.
- Dikuasakan pemproses UNISOC T7250 lapan teras dan sehingga 8GB RAM (termasuk RAM tambahan) memastikan prestasi lancar.
- Bateri 5200mAh menyokong tontonan video lebih 20 jam dan permainan lebih 9 jam dengan sekali cas.
- Ciri keselamatan termasuk pengimbas biometrik cap jari dan wajah. Ia juga mengekalkan bicu fon kepala 3.5mm.
Redmi A5 sudah tiba di Malaysia ditawarkan pada harga serendah RM299 (3GB RAM + 64GB storan) dan hanya RM349 bagi varian 4GB RAM + 128GB storan.
Jadi, jom beli sekarang telefon pintar Redmi A5 dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmnng7
- Lazada – https://invl.me/clmnng6