Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
REDMAGIC Astra Gaming Tablet_1

REDMAGIC Astra – Tablet ‘Gaming’ Dengan Cip Snapdragon 8 Elite, Harga Bermula RM3,399

Diterbitkan Julai 11, 2025 oleh Amsyar Latif

REDMAGIC baru-baru ini membawa masuk REDMAGIC Astra Gaming Tablet untuk pasaran global. Tablet berkelas andalan ini dikuasakan Snapdragon 8 Elite dan hadir dalam rekaan logam lutsinar premium dengan pencahayaan RGB serta paparan OLED 2.4K bersaiz 9.06 inci dan kadar penyegaran 165Hz.

Ditawarkan dalam tiga varian — 12GB + 256GB (RM3,399), 16GB + 512GB (RM4,199), dan 24GB + 1TB (RM5,199). Astra direka untuk memenuhi keperluan gamer tegar dan pencipta kandungan. Ia dilengkapi sehingga 24GB RAM, bateri 8,200mAh dengan pengecasan pantas, sistem penyejukan ICE-X 13 lapisan, serta sokongan sambungan lengkap melalui USB-C 3.2 Gen 2 dan output video ke monitor 4K.

REDMAGIC Astra Gaming Tablet_4
REDMAGIC Astra Gaming Tablet_6
REDMAGIC Astra Gaming Tablet_9

Tablet ini juga menampilkan sistem audio stereo dengan DTS:X® Ultra, getaran paksi-X, dan pusat permainan X-Gravity yang menyokong permainan pada kadar bingkai tinggi, serta ekosistem aksesori seperti stylus dan gamepad baharu.

REDMAGIC Astra Gaming Tablet_5

Tawaran prapesanan bermula 14 hingga 31 Julai, dengan diskaun harga serta hadiah percuma bernilai sehingga RM897, termasuk pengecas pantas 80W dan REDMAGIC Cyber Gamepad. Ia boleh didapati melalui Shopee, Lazada, TikTok dan laman web rasmi REDMAGIC Malaysia.

Berkaitan

  • REDMAGIC 10 Air Dengan Dua Cip Fokus 'Gaming' Dijual Pada Harga Bermula RM2,699
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • RedMagic 10s Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version Dijual Pada Harga Permulaan RM3,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY