Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmagic 10 air

REDMAGIC 10 Air Dengan Dua Cip Fokus ‘Gaming’ Dijual Pada Harga Bermula RM2,699

Diterbitkan April 30, 2025 oleh Amsyar Latif

REDMAGIC secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya, REDMAGIC 10 Air di pasaran Malaysia.

Telefon ini dilengkapi cip terkini Snapdragon 8 Gen 3 yang berkuasa AI dan dilengkapi pemproses khas RedCore R3 untuk pengalaman permainan yang lebih lancit dan efisien.

REDMAGIC 10 Air_KSP2

REDMAGIC 10 Air mempunyai bingkai aluminium yang dipadankan dengan kaca anti-silau tahan cap jari serta pencahayaan RGB yang boleh disesuaikan.

Paparannya menggunakan skrin AMOLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta kadar respons sentuhan sehingga 2000Hz bagi memastikan kawalan yang pantas dan tepat semasa bermain.

Untuk menangani kepanasan ketika sesi permainan yang panjang, telefon ini menggunakan teknologi penyejukan canggih ICE Cooling System dengan logam cecair yang biasanya hanya terdapat pada komputer riba gaming, memberikan kecekapan haba 13 kali lebih baik berbanding kaedah biasa.

Dari segi kamera, REDMAGIC 10 Air dilengkapi dua kamera belakang 50MP dengan ciri OIS untuk hasil gambar berkualiti tinggi, manakala bateri sebesar 6000mAh dengan pengecasan pantas 80W membolehkan permainan tanpa gangguan sehingga 28 jam.

Selain itu, telefon ini turut dilengkapi Magic Key di bahagian sisi untuk akses pantas kepada pelbagai fungsi, serta Gemini AI yang membantu dalam penterjemahan masa nyata, penjanaan kandungan dan tugas harian yang lain.

Ia turut menyediakan sistem bunyi DTS:X Ultra, getaran 4D, Wi-Fi 5G dual-band dan NFC dengan Google Pay untuk urusan transaksi lebih mudah.

REDMAGIC 10 Air_Pricing MY

REDMAGIC 10 Air tersedia dalam dua varian warna iaitu Twilight dan Hailstone dengan dua pilihan memori.

Varian 12GB RAM + 256GB dijual pada harga RM3,199, manakala varian 16GB RAM + 512GB berharga RM4,099.

Sempena pelancaran, harga promosi istimewa ditawarkan dari 5 hingga 31 Mei iaitu RM2,699 (12GB) dan RM3,299 (16GB), serta hadiah percuma REDMAGIC Cooler 6 Air bernilai RM199.

Pembelian boleh dibuat melalui Shopee, Lazada, TikTok REDMAGIC Malaysia, serta laman web rasmi REDMAGIC.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • REDMAGIC 10 Pro Dengan Varian Baharu Kini Di Malaysia, RAM Dan Storan Lebih Besar
  • Acer Nitro Mobile Gaming Controller Tiba Di Malaysia, Sokong iPhone Dan Android Terkini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY