Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmagic 11 pro

RedMagic 11 Pro, Telefon Dengan Sistem Penyejukan Cecair Dijual Pada Harga Bermula RM3,399

Diterbitkan November 6, 2025 oleh Amsyar Latif

Setelah sebulan, RedMagic 11 Pro kini hadir secara rasmi di Malaysia, menjadikannya telefon pintar pertama di dunia dengan sistem penyejukan cecair (liquid cooling) terbina di dalam. Model ini akan mula dijual pada 10 November, 8 malam, dengan harga bermula RM3,399 untuk varian 12GB+256GB.

Untuk spesifikasi, RedMagic 11 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama cip RedCore R4 yang dibangunkan sendiri untuk mengoptimumkan prestasi permainan. Ia hadir dengan sehingga 24GB RAM dan storan 1TB, serta menggunakan paparan AMOLED 6.85 inci 1.5K 144Hz dengan nisbah skrin-ke-badan 95.3%.

Sistem penyejukan AquaCore Liquid Cooling baharu dilengkapi kipas aktif dalaman dan rekaan ruang penyejukan khas untuk memastikan suhu stabil semasa bermain permainan intensif.

RedMagic 11 Pro turut dilengkapi bateri 7,500mAh dengan pengecasan pantas 80W, kamera utama 50MP, serta rekaan transparent flat-back tanpa bonggol kamera.

RedMagic 11 Pro, Telefon Dengan Sistem Penyejukan Cecair Dijual Pada Harga Bermula RM3,399

Sebagai promosi jualan pertama, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM467, termasuk sarung pelindung 11 Pro, pelindung skrin, dan beg SHARGE Pouch Mini.

RedMagic 11 Pro boleh didapati melalui Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan laman rasmimy.redmagic.gg bermula 10 November.

Berkaitan

  • REDMAGIC Astra - Tablet 'Gaming' Dengan Cip Snapdragon 8 Elite, Harga Bermula RM3,399
  • Siri RedMagic 11 Pro Hadir Dengan Sistem Penyejukan Cecair
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY