Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RedMagic 11 Air Malaysia_1

RedMagic 11 Air Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM2499

Diterbitkan Januari 30, 2026 · Dikemas kini Januari 30, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas melancarkan RedMagic 11 Pro pada November tahun lalu, RedMagic kini hadir dengan RedMagic 11 Air.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite bersama cip permainan RedCore R4, serta ditawarkan dengan konfigurasi sehingga 16GB RAM dan 512GB storan.

Dari segi rekaan, RedMagic 11 Air merupakan telefon pintar paling nipis dan ringan dalam siri RedMagic Air, iaitu 12% lebih nipis dan 10% lebih ringan berbanding 11 Pro. Ia dilengkapi skrin 6.85-inci OLED 1.5K dengan sokongan kadar segar semula 144Hz serta maksimum kecerahan 1,800 nits.

RedMagic 11 Air Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM2499

Bagi kamera, peranti ini dimuatkan 50MP lensa utama, 8MP ulta lebar dan 16MP swafoto.

RedMagic 11 Air menampilkan kipas penyejukan aktif turbo pertama dalam siri Air, dengan kelajuan 24,000RPM, yang membantu memaksimumkan aliran udara dan menyuraikan haba dengan cekap.

Naik taraf 4D Ice-Steps Vapor Chamber turut menawarkan peningkatan 40% dalam kecekapan pengedaran haba, memastikan prestasi stabil walaupun semasa permainan berat.

RedMagic 11 Air Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM2499

Peranti ini dibekalkan bateri berkapasiti 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Lain-lain termasuk sokongan ciri kecerdasan buatan (AI) dan integrasi Google Gemini AI, serta dilengkapi sambungan 5G, Wi-Fi 6, NFC, kawalan pintar inframerah, perlindungan IP54 dan menjalankan RedMagic OS 11.0.

Harga dan ketersediaan

RedMagic 11 Air Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM2499
RedMagic 11 Air Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM2499

RedMagic 11 Air ditawarkan dalam pilihan warna Phantom dan Prism, dengan harga RM2,499 untuk varian 12+256GB dan RM2,999 (16+512GB).

RedMagic 11 Air Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM2499

Jualan pertama akan bermula pada 1 Februari 2026, jam 8 malam melalui laman web rasmi REDMAGIC atau masukkan nama telefon di ruang carian Laman Beli.

Berkaitan

  • REDMAGIC 10S Pro Dilancar Di Malaysia – Snapdragon 8 Elite Leading Version, 24GB RAM, Harga Dari RM3,999
  • REDMAGIC Astra - Tablet 'Gaming' Dengan Cip Snapdragon 8 Elite, Harga Bermula RM3,399
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • RedMagic 11 Pro, Telefon Dengan Sistem Penyejukan Cecair Dijual Pada Harga Bermula RM3,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY