Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Red Magic X Golden Saga 1

Red Magic X Golden Saga Edisi Terhad Dilancar Dengan Ciri Penyejukkan Gentian Karbon

Diterbitkan Januari 20, 2025 oleh ariff bukhari

Telefon pintar Red Magic X Golden Saga Limited Edition dilancarkan di China, hadir dalam varian tunggal RAM LPDDR5X 24GB + 1TB storan UFS 4.0.

Ia merupakan sebahagian daripada koleksi premium mewah “Legend of Zhenjin Limited Collection.”

Telefon ini berkongsi spesifikasi utama dengan siri Red Magic 10 Pro tetapi menampilkan ciri unik seperti ruang wap emas (gold vapor chamber) dan saluran udara emas serta perak untuk prestasi haba yang lebih baik.

Spesifikasi utamanya yang lain termasuklah dipacu pemproses Snapdragon 8 Elite, paparan OLED 6.85-inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, dan kecerahan puncak sehingga 2000 nits.

Red Magic X Golden Saga Limited Edition
Telefon ini juga dilengkapi kamera utama 50MP OmniVision OV50E40 dengan OIS, lensa ultra lebar 50MP, kamera makro 2MP, dan kamera swafoto 16MP di bawah paparan. Ciri lain termasuk dwi pembesar suara dengan DTS:X Ultra, bicu audio 3.5mm dan bateri 7050mAh menyokong ciri pengecasan pantas 100W.

Dibina menggunakan bahan premium, telefon ini mempunyai penutup belakang kaca nilam tahan calar dan kakisan, serta elemen bersalut emas pada butang kuasa dan logo.

Ia juga dilengkapi gentian karbon untuk ciri penyejukkan yang mengurangkan berat dan memastikan bateri kekal sejuk.

Red Magic X Golden Saga 2
Red Magic X Golden Saga hadir dalam bungkusan khas mengandungi sarung padanan, pengecas, dan aksesori penyejuk luaran serta menawarkan pemilik faedah tambahan seperti perkhidmatan pembantu peribadi.

Nubia RedMagic X Golden Saga Limited Edition ini dijual pada harga 9,699 yuan (~RM5,900) di China.

Berkaitan

  • iPhone 18 Dijangka Guna Sensor Kamera Samsung
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Menteri Pengangkutan Melancarkan Aplikasi Jual Motosikal Terpakai

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY