Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 pro max camera

iPhone 18 Dijangka Guna Sensor Kamera Samsung

Diterbitkan Januari 15, 2025 ยท Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh ariff bukhari

Bukanlah rahsia bahawa Sony telah bertahun-tahun membekalkan sensor kamera telefon pintar yang digunakan dalam iPhone.

Tetapi Apple nampaknya mungkin akan menamatkan kerjasama mereka dengan Sony.

Ia selepas media melaporkan, penganalisis Ming-Chi Kuo menjangkakan Apple akan menggunakan sensor kamera dari Samsung untuk iPhone 18 pada 2026.

Laporan itu dikukuhkan lagi oleh peniris bernama Jukanlosreve yang banyak menyiarkan berita Samsung, dengan mendakwa mempunyai beberapa butiran tentang sensor itu.

Samsung dikhabarkan sedang mengusahakan sensor kamera bertindan 3 lapisan untuk Apple, yang sepatutnya meningkatkan prestasi kamera iPhone generasi masa hadapan.

Sensor bertindan ialah tempat pemprosesan elektronik dipasang terus ke bahagian belakang sensor.

Versi tiga lapisan akan mempunyai lebih banyak litar yang dipasang pada sensor, yang sepatutnya menghasilkan peningkatan kelajuan isyarat pemprosesan dan meningkatkan responsif kamera.

Sensor bertindan juga berpotensi menghapuskan sumber hingar pada imej dan meningkatkan kualiti imej keseluruhannya.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • TECNO Perlihatkan 3 Inovasi Teknologi Kamera Terkini Untuk Telefon Pintar
  • iPhone 18 Pro Mungkin Terima Naik Taraf Kamera Dengan Apertur Boleh Ubah

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY