Membuka lembaran baru bagi tahun 2020, realme hari ini secara rasminya memperkenalkan realme X50, telefon pintar 5G pertama daripada mereka. Ia akan dipasarkan di China terlebih dahulu.
Spesifikasi realme X50 5G
Menguasakan peranti dari dalam adalah cip pertama dari Qualcomm dengan modem 5G terbina, Snapdragon 765G. Cip yang ini memberikan keupayaan mod 5G SA dan NSA kepada realme X50. Ini termasuklah sokongan jalur frekuensi utama seperti n1, n1, n78, n79 dan lain-lain. Ia turut sama boleh digunakan pada rangkaian 2G, 3G dan 5G.

Terdapat juga ciri Smart 5G untuk sambungan rangkaian. Fungsi ini berguna seperti contoh membuka Wechat, peranti akan disambungkan kepada 4G. Namun untuk aktiviti yang memerlukan kelajuan internet lebih pantas, peranti secara automatik akan menggunakan rangkaian 5G. Secara tidak langsung, ia membantu memanjangkan jangka hayat bateri kerana peranti tidak perlu mengerah tenaga sepanjang masa menggunakan rangkaian 5G.
Dari segi penawaran spesifikasi, realme X50 tampil dengan paparan LCD 6.57 inci yang menyokong resolusi FHD+. Tambah menarik ialah kadar penyegaran 120Hz diberikan pada peranti selain perlindungan Corning Gorilla Glass 5. Tidak cukup dengan itu, paparannya juga menyediakan Sunlight Display Technology dan Dark Mode bagi
Mempunyai paparan berlubang, ia akan menempatkan dwi kamera selfie. Kamera tersebut adalah 16MP (f/2.0) dan 8MP ultra lebar dengan sudut rakaman sehingga 105 darjah. Selain berkebolehan merakam selfie dengan sudut luas, ia turut diperkuatkan dengan ciri AI Beauty untuk hasil rakaman yang lebih baik.
Beralih ke tetapan kamera belakang, ia membariskan kuad kamera terdiri daripada kamera 64MP, 12MP telefoto, 8MP ultra lebar dan 2MP ultra makro. Kombinasi kamera ini menawarkan kebolehan zoom 5x optikal sehingga 20x zoom hybrid serta rakaman sudut lebar sehingga 119 darjah. Antara ciri disediakan untuk rakaman video adalah ciri UIS Max Mode, video bokeh, video sudut lebar serta gerak perlahan 960fps.

Dari segi janaan kuasa, realme membekalkan bateri berkapasiti 4200mAh dengan pengecasan pantas 30W VOOC. Ia menjanjikan pengecasan penuh dalam hanya 60 minit sahaja. Antara ciri lain yang boleh didapati pada realme X50 adalah NFC, audio sokongan Dolby Atmos dan Hi-Res.

Turut sama menyerikan lagi kemunculan realme X50 adalah pengenalan kepada realme UI.
Ia dibangunkan berasaskan Android 10. Menjanjikan antaramuka lebih bergaya, sistem warna yang menarik serta animasi ringan yang lebih lancar.

Bagi ciri imbasan cap jari, ia diintegrasikan pada butang kuasa disisi kanan peranti.
Turut dipertontonkan adalah kelajuan muat turun dan muat naik peranti menggunakan rangkaian 5G.

Rupa bentuk realme X50 5G
realme X50 Master Edition
Turut sama membuat kemunculan di pentas perasmian adalah realme X50 Master Edition yang memperlihatkan kolaborasi bersama pereka terkemuka, Naoto Fukusawa.

Fukusawa dan realme ini sebelum ini pernah menghadirkan edisi Onion and Garlic realme X serta realme X2 Pro - Red Brick Concrete.
Menerusi edisi terbaru ini, ia menginspirasikan "Point and Line" melalui rekaan logam.
Harga jualan
Telefon pintar 5G pertama ini dipertaruhkan dengan dua pilihan warna iaitu Glacier Silver dan Polar Blue. Ia juga menawarkan dua konfigurasi memori iaitu RAM 8GB/128GB storan yang dijual pada harga 2499 yuan (~RM1,473). sementara itu versi tertinggi pula, RAM 12GB/256GB storan pula diletakkan pada nilai 2999 yuan (~RM1,768).

Bagi Master Edition pula, ia ditawarkan eksklusif dengan memori RAM 12GB/256GB storan pada harga 3099 yuan (~RM1,827). Realme X50 sedia dijual di China pada hari ini, manakala Master Edition pula sekitar depan.
Berkaitan
- 8 Telefon Pintar Yang Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Bulan Ini
- RFID Difasa Percubaan, Sedia Dilancar Jan 2019
- Realme XT Dilancarkan Di Malaysia, Harga Jualan RM1399
- Xiaomi Akan Lancar Mi Box, Boleh Ubah Sebarang TV Kepada TV Pintar
- ASUS ROG Phone Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan 22 Oktober Ini
- Realme X Diumumkan, Hadir Dengan Snapdragon 710 Serta Kamera 48MP
- Realme Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dengan Harga Yang Cukup Berpatutan
- Realme Mahu Ada Gedung Aplikasi Tersendiri, Alternatif Kepada Google PlayStore
- Huawei Mate 9 Dilancarkan Lewat Hari Ini-3 November 2016
- Telefon Pintar realme Kini Digunakan 35 Juta Orang Seluruh Dunia