Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme x2 pro master edition

Realme X2 Pro Master Edition Dengan Warna Merah Bata Turut Diumumkan

Diterbitkan Disember 2, 2019 oleh Helmi Samsuri

Realme X2 Pro hari ini tampil melancarkan peranti yang cukup dinanti-nantikan ramai, realme X2 Pro. Diumumkan secara rasmi untuk pasaran dalam negara, ia mengetengahkan sejumlah spesifikasi berkuasa seperti Snapdragon 855 Plus serta skrin Super AMOLED.

Ditawarkan dengan dua warna pilihan iaitu Neptune Blue dan Lunar White, realme Malaysia hari ini turut mengumumkan sebuah lagi edisi istimewa. Digelar realme X2 Pro Master Edition, versi ini tampil lebih kemas dengan pilihan warna merah bata pada panel belakang.

realme x2 pro master edition.

Spesifikasi yang dimuatkan pada dalam peranti masih kekal sama dan ia hanya dibezakan dengan kemasan belakang sahaja. Selain dilapisi dengan warna merah bata yang menawan, ia turut mempamerkan tandatangan daripada pereka edisi tersebut, Naoto Fukasawa.

Naoto Fukusawa

Buat masa sekarang, realme Malaysia masih belum mendedahkan tarikh sebenar penawaran Master Edition.

Bagi anda yang lebih berminat untuk mendapatkan pilihan warna merah bata ini, bolehlah menunggu pengumuman daripada realme Malaysia di kemudian hari.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY