Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X500 series malaysia_04

Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699

Diterbitkan Oktober 27, 2026 · Dikemas kini Oktober 27, 2026 oleh Amalina Athman

vivo Malaysia hari ini memperkenalkan siri vivo X500 yang merangkumi tiga model flagship, iaitu vivo X500 Pro Max, vivo X500 Pro dan vivo X500.

Ketiga-tiga model dilengkapi sistem kamera dengan teknologi ZEISS, tetapi menawarkan kemampuan berbeza mengikut model. Siri vivo X500 juga menjadi siri telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi OriginOS 7.

vivo X500 Pro Max

Sebagai model tertinggi dalam siri ini, vivo X500 Pro Max dilengkapi kamera telefoto ZEISS APO 200MP dengan sensor HP0 Ultra-Sensing bersaiz 1/1.4 inci dan jarak fokus setara 85mm.

Model ini menyokong zum sehingga 30x untuk merakam subjek dari jarak jauh. Pengguna juga boleh mendapatkan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra secara berasingan, yang menawarkan jarak fokus setara 400mm.

vivo X500 series_3

Bagi rakaman konsert dan aksi bergerak, model ini menyokong ciri Auto Framing Fancam Video serta penjejakan autofokus untuk rakaman video 4K/120fps. Ciri penjejakan subjek turut membantu mengekalkan fokus ketika subjek bergerak.

vivo X500 Pro Max menggunakan cip MediaTek Dimensity 9600 Pro, bateri 7,800mAh dan skrin 6.85-inci dengan resolusi 2K. Model ini turut dilengkapi penstabilan imej optik (OIS) bertaraf gimbal dengan sudut pembetulan sehingga 3° untuk membantu menghasilkan rakaman video yang lebih stabil.

vivo X500 Pro

Siri vivo X500 Dilancar, Tampil Dengan Kamera ZEISS, Dimensity 9600 Pro Dan Bateri Sehingga 7,800mAh

vivo X500 Pro juga dimuatkan kamera telefoto ZEISS APO, tetapi menggunakan sensor 64MP Sony LYTIA 610 dengan jarak fokus setara 85mm.

Model ini menyokong ciri 20x Long-Range Motion Snapshot untuk merakam aksi dari jarak jauh. Pengguna juga boleh menggunakan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 yang menawarkan jarak fokus setara 200mm, dijual secara berasingan.

Dari segi prestasi, vivo X500 Pro menggunakan cip MediaTek Dimensity 9600 Pro, sama seperti model Pro Max. Telefon ini dilengkapi bateri 6,510mAh dan skrin berukuran 6.36-inci.

vivo X500

vivo X500 series_1

Bagi vivo X500, peranti ini menggabungkan kamera telefoto ZEISS APO dengan jarak fokus setara 72mm dan kamera Ultra-Sensing yang menggunakan sensor 50MP bersaiz 1/1.28 inci.

vivo X500 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9600M, dengan bateri 7,500mAh dan skrin berukuran 6.59-inci. Model ini turut menawarkan ciri Cinematic Portrait yang menyesuaikan pencahayaan mengikut keadaan persekitaran, serta vivo Color Palette.

Rakaman video, OriginOS dan lain-lain

vivo X500 Pro Max dan vivo X500 Pro turut dilengkapi 50MP ZEISS TrueDynamic Main Camera yang menyokong rakaman video 4K Dolby Vision Portrait, Cinematic Pro Log Video serta 4K/240fps High Frame Rate.

siri vivo X500 juga menawarkan Stage Mode 3.0 dengan ciri Auto Framing Fancam Video, 4K Dual-View Stage Video, 4K Stage All-in-One Recording dan Super Telephoto Stage Snapshot.

Dari segi perisian, siri vivo X500 menjalankan OriginOS 7, yang dilengkapi pelbagai ciri berasaskan AI seperti Snap & Go, AI Recorder serta AI Next Up. OriginOS 7 turut menyokong sambungan dengan peranti Apple seperti AirPods dan Apple Watch, selain iCloud dan Quick Share untuk memudahkan pemindahan fail.

Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699

Ketiga-tiga model menyokong pengecasan pantas berwayar 90W FlashCharge dan sehingga 40W wayarles. Siri ini juga mempunyai penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari ultrasonik 3D serta sambungan USB 3.2. Kesemua model turut menawarkan kecerahan puncak global sehingga 2,000 nits.

Dari segi pilihan warna, vivo X500 ditawarkan dalam warna Dusk Black, Sunny White dan Starry Gray. Sementara itu, vivo X500 Pro dan vivo X500 Pro Max hadir dalam pilihan Moonlit Black, Starry Gray dan Sunset Orange.

Harga dan ketersediaan

Siri vivo X500 ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM4,699.

vivo X500 malaysia_05
vivo X500 malaysia_06
vivo X500 malaysia_07

Prapesan dibuka sehingga 2 November 2026 menerusi tawaran Early Bird yang merangkumi hadiah percuma bernilai RM598, termasuk AI Face Tracking Selfie Tripod, Magnetic Wireless Microphone dan vivo Buds Pro.

X500 Pro Max pre-order with pricing

Pembeli juga boleh menikmati rebat antara RM300 hingga RM1,000 untuk model terpilih serta berpeluang memenangi tiket konsert Jelajah Dunia Carnival II Jay Chou 2027 menerusi cabutan bertuah.

X500 Series Pre-Order KV_16x9

Selain itu, terdapat tawaran diskaun RM150 melalui SPayLater dengan perbelanjaan minimum RM1,500, diskaun RM120 melalui Atome dengan perbelanjaan minimum RM1,000, rebat ansuran bank RM100 dan rebat tukar beli RM300 untuk peranti yang layak. Pembeli juga boleh menikmati diskaun sehingga RM200 bagi pembelian aksesori Internet benda (IoT) terpilih serta akses Google AI Pro selama tiga bulan dengan storan awan 5TB.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri vivo X500 Dilancar, Tampil Dengan Kamera ZEISS, Dimensity 9600 Pro Dan Bateri Sehingga 7,800mAh
  • OriginOS 7 Rasmi, Ini Peranti vivo Yang Akan Terima Kemas Kini Seawal 21 September 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY