Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 15 T 1

realme Sahkan Pelancaran 15T Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 23, 2025 · Dikemas kini Oktober 23, 2025 oleh ariff bukhari

realme hari ini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, realme 15T pada 30 Oktober 2025 ini.

Daripada imej acah yang dikongsikan, 15T akan hadir dengan rekaan nipis.

realme 15T telah pun dilancarkan lebih awal di beberapa pasaran luar seperti India di mana peranti ini dipacu cip 6nm Dimensity 6400 Max 5G dengan GPU Arm Mali G57 MC2.

Ia dipadankan dengan varian  RAM 8GB atau 12GB LPDDR4X dan storan 128GB atau 256GB.

realme Sahkan Pelancaran 15T Di Malaysia

Skrinnya pula menggunakan paparan AMOLED bersaiz 6.57 inci dengan kadar segar 120Hz dan kecerahan 4,000 nits.

Ia turut dilengkapi  kamera utama dan hadapan 50MP serta bateri Titan 7,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 60W.

Nantikan harga jualan rasmi realme 15T di Malaysia yang akan diumumkan pada 30 Oktober ini semasa pelancarannya.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • iQOO 15 Rasmi Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5, Skrin 2K, Bateri 7,000mAh
  • realme GT8 Dan GT8 Pro Dilancar, Kamera Guna Teknologi RICOH

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY