iQOO secara rasmi memperkenalkan iQOO 15, di pasaran China. Model ini hadir sebagai telefon pintar gaming premium dengan peningkatan besar dari siri iQOO 13, termasuk cip pemproses generasi baharu dan kapasiti bateri lebih besar.
Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digandingkan bersama cip Q3 Gaming, sehingga 16GB RAM LPDDR5X Ultra dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB. Sistem operasinya pula berasaskan Android 16 dengan antara muka OriginOS 6, menjanjikan prestasi lancar dan responsif.
Bahagian paparan menggunakan panel Samsung M14 AMOLED LTPO berukuran 6.85 inci, resolusi 2K, kadar segar semula 144Hz, serta kecerahan puncak mencecah 2,600 nits. Ia turut menyokong Dolby Vision, HDR10+, dan teknologi PWM 2160Hz bagi paparan yang lebih selesa untuk mata.
Untuk fotografi, iQOO 15 dilengkapi tiga kamera belakang di mana sensor utama 50MP Sony IMX921 dengan OIS, 50MP telefoto periskop IMX882 (zum optikal 3x), serta 50MP ultra lebar. Kamera hadapan 32MP pula ditempatkan dalam rekaan lubang kecil di skrin. Menariknya, terdapat lampu RGB di sekitar modul kamera bagi sentuhan gaya tersendiri.
Dibekalkan bateri 7,000 mAh jenis silikon-karbon tunggal, menyokong pengecasan berwayar 100W dan wayarles 40W, bersama fungsi pengecasan berbalik. Ciri lain termasuk sistem penyejukan wap 14,000 mm², pembesar suara stereo, penarafan IP68 + IP69, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, dan NFC.
iQOO 15 ditawarkan dalam empat warna — Track Edition (Hitam), Legendary Edition (Putih), Lingyun, dan Wilderness (Hijau Muda) dengan harga bermula RMB4,199 (~RM 2,488).
{suggest}