Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT8 Dan GT8 Pro Dilancar, Kamera Guna Teknologi RICOH

realme GT8 Dan GT8 Pro Dilancar, Kamera Guna Teknologi RICOH

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh ariff bukhari

realme telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka, GT8 dan GT8 Pro di China.

Kedua-dua model menampilkan skrin OLED 6.79 inci 2K dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 4000 nits dan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang menyokong sehingga 16GB RAM dan storan 1TB.

realme GT8 Dan GT8 Pro Dilancar, Kamera Guna Teknologi RICOH
realme GT8 Dan GT8 Pro dilengkapi sistem penyejukan VC 7000mm² dan cip grafik R1 yang menjamin prestasi kekal tinggi dalam permainan mudah alih.

Untuk model GT8 Pro, ia tampil dengan reka bentuk modular unik di mana pengguna boleh menukar gaya kamera belakangnya seperti robot atau Kiub Rubik.

Kamera GT8 Pro juga dibangunkan dengan kerjasama RICOH menerusi lensa 200MP periskop, mod GR khas, dan zoom 6x tanpa kehilangan kualiti.

Untuk bateri pula, GT8 Pro dimuatkan dengan bateri besar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W dan 50W tanpa wayar.

Manakala GT8 pula dilengkapi kamera utama 50MP dan periskop 3.5x, juga dengan bateri 7000mAh tapi hanya menyokong pengecasan pantas 100W.

realme GT8 dan GT8 Pro masing-masing ditawar dengan harga bermula 2,899 Yuan (~RM1,700, 12GB+256GB) dan 3,999 Yuan (~RM2,400, 12GB+256GB).

Berkaitan

  • realme Umum Kerjasama Dengan Ricoh – Bakal Lancar GT 8 Pro Dengan Teknologi Kamera GR
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Pos Malaysia Kini Sokong DuitNow QR Untuk COD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY