Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C63

realme C63 5G Kini Hadir Dengan Cip Dimensity 6300

Diterbitkan Ogos 13, 2024 oleh Amsyar Latif

realme sebelum ini mempunyai peranti C63 tetapi ia versi 4G. Namun, kini mereka melancarkan versi terbaru, iaitu realme C63 5G.

Tidak banyak sangat perbezaan spesifikasi tetapi ada beberapa aspek yang diturun taraf berbanding model 4G. realme C63 dilengkapi cip Dimensity 6300, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Skrin adalah berukuran 6.67 inci IPS dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz.

realme C63 specs

Kamera utama sebesar 32MP bersama-sama sensor kedalaman. Sementara kamera swafoto adalah 8MP. Telefon ini dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh tetapi pengecasan hanya 10W sahaja.

Lain-lain adalah termasuk penarafan IP64 kalis debu dan air serta menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Harga rasmi ialah bermula ₹10,999 (~RM584) di pasaran India untuk varian 4GB+128GB.

Berkaitan

  • realme C63 Akan Tersedia 6 Jun, Harga RM599
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • realme GT 6 Rasmi Di China, Ini Bezanya Dengan Versi Malaysia
  • realme Bakal Umum Teknologi Pengecasan 320W SuperSonic Minggu Ini

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY