Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Pad

realme Pad Diperkenal, Hadir Dengan Harga Bermula ~RM789

Diterbitkan September 9, 2021 oleh Amsyar Latif

realme sebentar tadi memperluaskan lagi ekosistem AIoTmereka dengan strategi 1+5+T. 1 membawa maksud telefon pintar, 5 pula merangkumi pad, komputer riba, TV, wearables serta fon telinga dan T pula platform ekosistem – TechLife.

Selain telefon pintar realme 8s dan realme 8i, mereka akhirnya memperkenalkan tablet pertama, iaitu realme Pad. Tablet ini hadir dengan rekaan 6.9mm ketebalan dan berat sekitar 440g. realme berkata, rekaan sebegini mudah untuk digunakan di mana-mana sahaja walaupun hanya menggunakan sebelah tangan.

realme pad warna

realme Pad menampilkan tubuh daripada aloi aluminium dengan dua pilihan warna – Real Grey dan Real Gold. Ia dilengkapi skrin berukuran 10.4 inci IPS LCD dengan paparan WUXGA+ (2000×1200). Paparannya turut menyokong beberapa mod seperti Reading, Night, Dark dan Sunlight.

realme pad mod

Selain itu, terbina juga empat pembesar suara Dolby Atmos yang diperakui Hi-res audio dan dibekalkan bateri berkapasiti 7100mAh yang menyokong pengecasan 18W serta pengecasan berbalik (reverse charging).

Di dalam, realme Pad didatangkan cip pemprosesan Helio G80, memori sehingga 4GB dan storan hingga 64GB. Ia mempunyai varian WiFi atau 4G+WiFi.

ini realme pad

Antara lainnya adalah kamera swafoto 8MP, dwi-mikrofon serta realme UI for Pad yang berasaskan Android 11.

realme Pad diletakkan pada tanda harga bermula Rs13999 (~RM789) untuk varian 3+32GB WiFi, Rs15999 (~RM900) bagi varian 3+32GB 4G LTE+WiFi dan Rs17999 (~RM1015) varian 4+64GB 4G LTE+WiFi.

Baca juga:

  • Kodak Dan OPPO Dilaporkan Bekerjasama Membangunkan Kamera Berkembar 50MP Untuk Telefon Pintar
  • Mi Pad 5 Versi Global Akan Dilancar, Mungkin Masuk Malaysia Tak Lama Lagi
  • HONOR Tab V7 Pro Dilancar Dengan Cip Tablet MediaTek Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY