Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Tab V7 Pro

HONOR Tab V7 Pro Dilancar Dengan Cip Tablet MediaTek Baharu

Diterbitkan Ogos 13, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang dijangka ketika pengumuman MediaTek tempoh hari, tablet baharu HONOR Tab V7 Pro akhirnya dilancarkan. Ia hadir dengan cip MediaTek Kompanio 1300T yang menggunakan pemproses 6nm.

Dari segi luaran, tablet bersaiz 11 inci ini dilengkapi paparan beresolusi 2560×1600 (2K) dengan panel LCD bernisbah 16:10, gamut warna DCI-P3, kecerahan 500 nits dan kadar segar semula 120Hz.

HONOR Tab V7 Pro Dilancar Dengan Cip Tablet MediaTek Baharu

Selain itu, turut mempunyai kamera 13 MP utama serta 2 MP makro. Manakala di dalam terbina memori hingga 8GB RAM LPDDR4X, storan hingga 256GB serta bateri 7520mAh dengan sokongan pengecasan 22.5W.

HONOR Tab V7 Pro Dilancar Dengan Cip Tablet MediaTek Baharu

HONOR Tab V7 Pro juga menjalankan sistem operasi Magic UI 5 yang dioptimumkan untuk tablet dimana pengguna boleh menggunakan mod split-screen dan beberapa fungsi khusus untuk tablet.

Antara lainnya adalah sambungan WiFi 6, rangkaian 5G, Bluetooth 5.1, dwi-SIM, 4 pembesar suara dan sistem penyejukan 7 lapisan. Tambahan lagi, HONOR turut menawarkan Magic Pencil 2 dan papan kekunci terapung untuk tablet tersebut.

HONOR Tab V7 Pro Dilancar Dengan Cip Tablet MediaTek Baharu

Didatangkan dengan pilihan warna Dawn Blue, Dawn Gold dan Titanium Silver, ia dijual pada harga bermula 2599 yuan (~RM1699) untuk varian 6+128GB. Sementara varian 5G adalah 3699 yuan (~RM2418).

Buat masa ini, ia hanya terhad untuk pasaran China terlebih dahulu dan belum pasti sama ada dibawa masuk ke Malaysia atau tidak.

Sumber: HONOR

Baca juga:

  • Siri HONOR Magic3 Dilancarkan, Dikuasakan Snapdragon 888 Plus 5G
  • HONOR Buat Kejutan Dengan Pelancaran HONOR Magic3 Pro+ 5G
  • Xiaomi Perkenal Tablet, Mi Pad 5 Dan Mi Pad 5 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY