Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Pad 5 Versi Global Akan Dilancar, Mungkin Masuk Malaysia Tak Lama Lagi

Mi Pad 5 Versi Global Akan Dilancar, Mungkin Masuk Malaysia Tak Lama Lagi

Diterbitkan September 9, 2021 ยท Dikemas kini September 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Pasti ramai yang sudah tidak sabar dengan tablet baharu Xiaomi, siri Mi Pad 5. Mula diperkenalkan awal Ogos lalu yang didatangkan skrin 11 inci beresolusi 2.5k, kadar segar semula 120Hz dan banyak lagi.

Terbaru, tablet tersebut dengan nombor model 21051182G muncul di platform Geekbench. Ia dipercayai adalah tablet versi global dan menandakan peranti tersebut akan dilancarkan buat pasaran luar China.

Geekbench mi pad 5

Seperti diketahui, Xiaomi sedia mengadakan acara pada 15 September ini dimana mereka akan melancarkan siri Xiaomi 11T, Xiaomi 11 Lite NE, mungkin Xiaomi Note 11 dan tablet Mi Pad 5.

Dijangka tablet ini pasti diumumkan kerana mereka ada berkongsikan ciapan “More Than Phones” menjelang acara tersebut.

Apa-apa pun, tiga peranti sudah pasti masuk ke negara kita nanti, iaitu Xiaomi 11T, Xiaomi 11 Lite NE dan Mi Pad 5 kerana kesemuanya telah melepasi pengesahan SIRIM.

Sumber: mysmartprice

Baca juga:

  • Telefon Andalan Baru Xiaomi Mungkin Guna Kamera 200MP
  • Xiaomi Akan Ada MIUI Pure Mode, Tak Boleh ‘Sideloading Apps’
  • Xiaomi Pintas Apple Untuk Pengeluar ‘Wearable Band’ Setakat Suku Kedua 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY