Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MWCS 2021

Kodak Dan OPPO Dilaporkan Bekerjasama Membangunkan Kamera Berkembar 50MP Untuk Telefon Pintar

Posted on September 8, 2021

Sebelum ini pernah dilaporkan tentang kerjasama antara realme dan Kodak untuk menggunakan teknologi Kodak dalam kamera telefon pintar ‘flagship‘ mereka.

Kini dilaporkan OPPO juga turut bekerjasama dengan Kodak untuk kamera telefon pintar ‘flagship‘ mereka.

Kamera telefon pintar flagship OPPO akan datang itu dikhabarkan akan dilengkapi dengan sensor berkembar terbaru dari  Sony iaitu IMX766 50MP.

Kerjasama itu dilaporkan sebagai tribute OPPO kepada rekaan kamera klasik Kodak.

Kerjasama ini tidak mengejutkan kerana OPPO dan realme berada di bawah satu syarikat utama yang sama iaitu BBK Electronics.

BBK Electronics merupakan pembuat telefon pintar terbesar di dunia yang mana ia turut mengeluarkan telefon pintar lain termasuklah Oppo, Vivo, Realme, OnePlus dan Iqoo.

Sumber: GSM Arena

Baca juga:

  • realme Dilapor Kerjasama Dengan Kodak Untuk Telefon ‘Flagship’ Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress