Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt 7

realme GT 7 Dilancarkan Di China, Lebih Ringan, Nipis Dan Mampu Milik

Diterbitkan April 24, 2025 · Dikemas kini April 24, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas melancarkan versi Pro pada November lalu, kini realme melancarkan GT 7 di China, versi yang lebih mampu milik daripada GT7 Pro.

Masih menawarkan prestasi andalan, ia dikuasakan cip Dimensity 9400+, pilihan varian RAM 12GB atau 16GB LPDDR5X, dan storan hingga 1TB.

realme GT7 dilengkapi paparan 6.8” FHD+ yang menyokong kadar segar semula 144Hz, kecerahan maksimum 1,800 nits, dan warna 10-bit serta HDR.

realme gt 7 1

Kapasiti bateri pula setinggi 7,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W.

Hadir dalam reka bentuk lebih nipis dan ringan berbanding GT7 Pro, tetapi ia masih menerima pengiktirafan kalis air & debu IP69.

realme GT7 menyokong sambungan 5G berkembar, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC, dan IR blaster. Pembesar suara stereo dan pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin disertakan, namun tiada bicu audio.

realme gt 7 2
Kamera belakang realme gt 7 menggunakan sensor 50MP IMX896 dengan OIS dan 8MP ultra-lebar, serta kamera swafoto 16MP. Sokongan video hingga 4K@60fps (belakang) dan 1080p@60fps (depan).

realme gt 7 ditawar pada harga bermula CNY 2,600 di China (~RM1,700). Walau bagaimanapun, spesifikasi peranti ini dilaporkan akan sedikit berbeza bagi versi globalnya.

realme GT 7 Pro dengan Snapdragon 8 Elite telah pun dilancarkan di Malaysia pada harga RM3,699.

Beli barisan produk realme dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clm05m1
  • Lazada – https://invol.co/clm05lv

Berkaitan

  • realme GT 7 Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Dilancarkan Berharga RM3,699
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Telefon Pertama Dengan Bau Wangi? Infinix NOTE 50X & 50S 5G Kini Di Malaysia
  • HONOR Pad X9a LTE Rasmi – Harga RM1,299, Percuma 'Keyboard' & Pencil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY