Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor pad x9a

HONOR Pad X9a LTE Rasmi – Harga RM1,299, Percuma ‘Keyboard’ & Pencil

Diterbitkan April 23, 2025 · Dikemas kini April 23, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan tablet terbaru, HONOR Pad X9a LTE, yang boleh didapati mulai 25 April 2025 dengan harga RM1,299. Tablet ini dilengkapi sambungan LTE yang membolehkan pengguna terus berhubung tanpa bergantung kepada WiFi, sesuai untuk menonton drama, membuat panggilan atau menguruskan mesej bila-bila masa.

Pad X9a LTE hadir dalam warna kelabu dengan 16GB RAM (8GB RAM Turbo) dan storan besar 256GB. Versi WiFi turut disediakan pada harga lebih mesra bajet, iaitu RM999 dengan storan 128GB.

HONOR Pad X9a LTE First Sale

Kedua-dua versi dilengkapi skrin besar 11.5 inci 2.5K HONOR FullView dengan ciri perlindungan mata TÜV Rheinland serta bateri tahan lama (8300mAh) yang mampu menampung tontonan selama hampir 12 jam. Pengalaman audio dipertingkat dengan empat pembesar suara surround.

Bagi tujuan produktiviti, setiap pembelian hadir dengan papan kekunci Bluetooth dan pencil percuma bernilai RM598, sesuai untuk bekerja, belajar atau melukis dengan selesa.

Tablet ini boleh didapati di HONOR Stores seluruh negara, HONOR.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta rakan niaga seperti Senheng, Urban Republic dan Harvey Norman. Pelanggan turut menerima langganan percuma iQIYI VIP selama 3 bulan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • HONOR Pad X9a WiFi Dengan Bateri 8300mAh Kini Di Malaysia, Harga RM999
  • HONOR 400 Lite Hadir Bulan Ini, Ada Butang Baharu Mirip iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY