Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt 7 pro 1

realme GT 7 Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Dilancarkan Berharga RM3,699

Diterbitkan November 18, 2024 · Dikemas kini November 18, 2024 oleh ariff bukhari

Akhirnya sebentar tadi realme telah mengumumkan telefon pintar andalan terbaru mereka, realme GT 7 Pro.

Menariknya adalah ia merupakan telefon Android pertama di Malaysia yang dikuasakan cip pemproses terbaru dan paling berkuasa untuk peranti Android iaitu Snapdragon 8 Elite (Snapdragon 8 Gen 4).

Snapdragon 8 Elite yang menampilkan teras CPU Oryon khusus, mengupayakan realme GT 7 Pro mencatatkan skor AnTuTu lebih 3 juta mata.

SD 8 GEN 4 PERFORMANCE

Dengan dua teras utama pada 4.32GHz dan enam teras prestasi pada 3.53GHz, pemproses 3nm Qualcomm pertama ini menawarkan peningkatan lebih 40% dalam prestasi CPU dan GPU berbanding Snapdragon 8 Gen 3.

SD 8 GEN 3
SD 8 GEN 4

realme GT 7 Pro juga menjadi peranti realme pertama yang tersedia dengan realme UI 6.0. Antara ciri utama realme UI 6.0 baharu ini adalah ciri perkongsian fail merentas platform antara Android dan iOS dengan ciri Share with iPhone.

Dari aspek perkakasan yang lain, realme GT 7 Pro dilengkapi dengan paparan AMOLED bersaiz 6.78 inci ( 2780*1264) dengan kadar segar 120Hz.

Ia juga dilengkapi 3 kamera belakang dengan ciri fotografi di dalam air menerusi Underwater Mode yang merupakan pertama dalam industri serta bateri berkapasiti 6,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W SUPERVOOC.

SD 8 GEN 4 kamera air
Demonstrasi Underwater Mode semasa pelancaran realme GT 7 Pro sebentar tadi yang berlangsung di Piazza, Pavillion Bukit Jalil.

realme GT 7 Pro untuk pasaran tempatan hadir dalam 1 varian sahaja (12GB+512GB) dengan pilihan warna Mars Orange dan Titanium Grey yang ditawar pada harga RM3,699.

realme GT 7 Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Dilancarkan Berharga RM3,699

Beli barisan produk realme dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clm05m1
  • Lazada – https://invol.co/clm05lv

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Malaysia Negara Asia Tenggara Pertama Terima Siri vivo X200, Bakal Dilancar Bulan Ini
  • Casio Perkenalkan Jam Cincin Digital Dengan Ciri Jam Randik Dan Penggera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY