Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Photo_1

CIMB Group Jadi Bank Malaysia Pertama Lengkapkan Penetapan Sasaran Nyahkarbon 2030

Diterbitkan Julai 4, 2024 oleh ariff bukhari

CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”) mengumumkan sasaran iklim 2030 untuk portfolio minyak dan gas dan hartanah, sekali gus menjadi bank Malaysia pertama yang melengkapkan penetapan sasaran nyahkarbon 2030 untuk sektor yang berpelepasan tinggi dalam usaha untuk mencapai komitmen Sifar Bersih menjelang 2050.

Sektor-sektor lain termasuklah perlombongan arang batu haba, simen, minyak sawit dan kuasa.

CIMB juga telah mengemas kini kertas putihnya yang diterbitkan sebelum ini, memperincikan rancangan nyahkarbon serta menggariskan laluan khusus sektor dan strategi segera secara teliti untuk kesemua enam sektor yang menyumbang kepada 60% portfolio pembiayaan pelepasan CIMB setakat 2023.

CIMB juga memaklumkan, mulai 1 Januari 2025, mereka akan menghentikan pembiayaan baharu khusus untuk penerokaan medan minyak huluan baharu yang diluluskan untuk pembangunan pasca 2021.

Ini sejajar dengan IEA NZE, yang menyatakan bahawa di peringkat global, projek minyak dan gas baharu tidak diperlukan lagi selain daripada apa yang telah dilaksanakan setakat tahun 2021, memandangkan aset semasa sudah memenuhi penawaran dan permintaan.

Walau bagaimanapun, CIMB memaklumkan mereka akan terus menyokong inisiatif-inisiatif berkaitan gas asli.

“Ini amatlah penting terutamanya dalam mengurangkan pergantungan terhadap arang batu dalam sektor tenaga dan memastikan sekuriti tenaga untuk memenuhi keperluan serta permintaan jangka pendek.”

Pada tahun 2021 lalu, CIMB merupakan Bank pertama dalam kalangan pasaran memuncul global yang mengumumkan komitmennya untuk mencapai kebebasan dari arang batu menjelang 2040, selaras dengan matlamat Perjanjian Paris.

Baru-baru ini, CIMB juga muncul sebagai Bank pertama di seluruh dunia yang mengumumkan laluan nyahkarbon Sifar Bersih untuk portfolio minyak sawitnya.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pengguna CIMB OCTO Akan Terima Notifikasi Amaran Jika Benarkan Akses Aplikasi Tertentu

Sumber: Siaran media CIMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY