Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
razer apple pay

Razer Sokong Pembayaran Melalui Apple Pay

Diterbitkan Januari 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas HSBC, kini giliran Razer pula menyokong Apple Pay. Ini bermakna di mana-mana kedai fizikal mahupun dalam talian yang menyokong Razer, anda boleh bayar melalui Apple Pay.

Untuk pelanggan, Apple Pay anda dipautkan dengan kad debit atau kredit namun berbeza dengan Razer ia tersedia untuk peniaga.

RΛZΞR Merchant Services | LinkedIn

Maksudnya, jika pekedai itu menggunakan Razer Merchant Services, maka anda sebagai pelanggan boleh membayar menggunakan Apple Pay.

Razer tidak mempunyai aplikasi seperti TNG eWallet atau keluarkan kad sendiri seperti bank, untuk pelanggan.

Antara kedai yang menggunakan Razer di Malaysia ialah 7 Eleven, KK Mart, 99 Speed Mart, Atome.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu Apple Pay Dan Cara Gunakannya
  • Ini Apa Yang Anda Tidak Boleh Lakukan Dengan Apple Pay Di Malaysia
  • Tidak Terima Kod Pengesahan Maybank Untuk Aktifkan Apple Pay? Ini Cara Penyelesaian

Justeru, berikut ialah institusi kewangan yang menyokong Apple Pay di Malaysia setakat Januari 2023.

  • Ambank (kad kredit saja)
  • Standard Chartered (kad kredit saja)
  • Maybank
  • HSBC

CIMB pula mengatakan Apple Pay akan hadir sekitar Jun tahun ini.

Untuk mendaftar perniagaan dengan Razer Merchant Services, boleh ke laman web Razer.

Sumber: Razer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY