Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HSBC Apple Pay

Apple Pay Malaysia Sudah Mula Menyokong Bank HSBC

Diterbitkan Januari 12, 2023 · Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Malaysia sudah mula menerima kehadiran Apple Pay sejak Ogos yang lepas. Walaupun sudah agak lama sejak ia diperkenalkan, masih tidak banyak sokongan yang diberikan daripada pihak bank.

Namun, selepas 5 bulan pelancarannya, Apple Pay kini menerima sokongan baharu daripada HSBC untuk mengintegrasikan ciri pembayaran tanpa sentuh ini dengan kad kredit.

HSBC Apple Pay

 

Menurut laman sesawang rasmi HSBC, mana-mana kad peribadi HSBC/Amanah Visa HSBC dan kad kredit Mastercard layak untuk menggunakan ciri tersebut.

Ini merupakan langkah untuk menambah kad kredit ke dalam Apple Pay:

Buka aplikasi ‘Wallet‘ dan tekan butang “+” pada hujung kanan skrin.

Apple Pay Malaysia Sudah Mula Menyokong Bank HSBC

Imbas kad kredit yang ingin dimasukkan. Pastikan kad tersebut memasuki bingkai yang ditetapkan pada skrin dan ikut sahaja arahan yang diberikan.

Apple Pay Malaysia Sudah Mula Menyokong Bank HSBC

Tetapkan kad kredit tersebut sebagai kad default dan pengguna sudah boleh mula menggunakannya.

Apple Pay Malaysia Sudah Mula Menyokong Bank HSBC

Untuk Apple Watch, buka aplikasi ‘Wallet‘ dan tekan ‘Add Card‘ untuk mulakan.

Untuk iPad atau Mac, cari ‘Wallet & Apple Pay‘ di System Preferences dan ikuti langkah seperti tadi.

Berkaitan

  • Perbankan Dalam Talian RHB Now Bakal Ditamatkan Pada 31 Mac
  • Beza Promosi Internet ‘Fiber’ Antara Unifi, Maxis Dan Time
  • Ini Bakal Terjadi Kepada Masa Depan Yoodo
  • Hanya Tunjuk Pada Juruwang, Ini 20 Kupon Promosi Burger King Sampai 26 Januari 2023
  • Oreo Mengeluarkan Biskut Edisi Terhad Bertemakan Konsol Xbox

Selain itu, HSBC juga menawarkan RM30 Cashback selepas 5 kali penggunaan kad kredit HSBC melalui Apple Pay. Tempoh ini bermula dari 10 Januari sehingga 31 Mei 2023.

Sepanjang pengenalan Apple Pay di Malaysia, ini merupakan senarai bank yang telah berintegrasi dengan ciri tersebut.

  • AmBank (kad kredit Visa dan Mastercard)
  • Maybank (Kad debit/kredit Visa, Mastercard dan American Express)
  • Standard Chartered Bank (kad kredit dan Mastercard)

CIMB juga sedang dalam proses untuk menghantar sokongan Apple Pay kepada pelanggannya dan sokongan ini dijangka bakal hadir selepas pertengahan 2023.

Sumber: HSBC

Gambar Utama: HSBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY