Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NOTHING PHONE 3

Nothing Phone (3) Dikritik, Ini Respon Carl Pei

Diterbitkan Julai 17, 2025 · Dikemas kini Julai 17, 2025 oleh ariff bukhari

Nothing telah pun melancarkan Phone (3) yang merupakan telefon pintar flagship pertama mereka.

Walau bagaimanapun, peminat telefon pintar nampaknya memberikan reaksi negatif terhadap produk terbaru Nothing ini.

Malah pempengaruh besar seperti MKBHD dan Mr. Whos The Boss turut mengkritik telefon ini.

Sebagai contoh, MKBHD mengkritik harga yang diperkenalkan untuk Phone (3) yang beliau rasakan sebagai agak tinggi.

Beliau juga mengkritik  ciri baharu yang diperkenalkan iaitu paparan mini di bahagian belakang peranti ini yang dikenali sebagai glyph matrix sebagai gimik.

Nothing Phone (3)

Menjawab kritikan itu, CEO Nothing, Carl Pei mengakui bahawa setiap kali sesuatu yang baru diperkenalkan seperti perubahan reka bentuk, sistem, atau fungsi, ia secara semula jadi akan diterima dengan rasa skeptisisme oleh orang ramai.

“Kami sedar bahawa apabila kami kata mahu menjadikan teknologi lebih menyeronokkan, beberapa keputusan kami akan jadi kontroversi. Jadi, reaksi orang ramai tidak mengejutkan — kami memang sudah bersedia menghadapinya.”

Malah beliau yakin dengan ciri glyph yang diperkenalkan mereka akan mewujudkan satu ekosistem permainan yang besar di masa depan.

Mr. Whos The Boss pula berpendapat Phone (3) memberikan rasa seperti sebuah peranti prototaip yang tidak siap.

Beliau secara khusus menyatakan, tidak sepertimana model Nothing terdahulu dengan rekaan lutsinar estetik yang memberikan “vibe” tersendiri, tapi untuk model Phone (3), beliau tidak merasainya.

Komen terhadap ciri glyph matrix pula beliau berpendapat ia hanyalah sekadar skrin di mana pesaing lain sudah ada yang menawarkannya.

Malah dengan skrin yang lebih besar, berwarna dan beresolusi tinggi.

Anda boleh menonton respon dan mendengar sendiri alasan Carl Pei menjawab balik kritikan terhadap Phone (3) di saluran YouTube rasmi Nothing.

Nothing Phone (3) juga sudah pun dilancarkan di Malaysia pada harga RM3,299.

Beli Nothing Phone (3) dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmtvhn
  • Lazada – https://invl.me/clmtvhr

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Nothing Phone (3) Rasmi Di Malaysia, Harga Dari RM3,299
  • Nothing Headphone (1) Kini Di Malaysia, Harga RM1,099

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY