Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga realme 10 pro coca-cola malaysia

Rasmi: realme 10 Pro Coca-Cola Tiba Di Malaysia Untuk RM1399, Ini Tempat Yang Jualnya

Diterbitkan April 12, 2023 · Dikemas kini April 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Akhirnya, realme 10 Pro edisi Coca-Cola dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan akan dijual untuk RM1399. Ia mula dijual mulai esok, 13 April 2023.

harga realme 10 pro coca-cola malaysia

Edisi khas ini menampilkan perbezaan dari kosmetik dan set aksesori namun mengekalkan segala spesifikasi dalaman sebuah realme 10 Pro biasa.

harga realme 10 pro coca-cola malaysia

Di dalam kotak, anda akan mendapat patung realmeow yang juga khas untuk edisi Coca-Cola, SIM card injector dengan rekaan penutup botolnya.

realme 10 pro coca-cola malaysia 26

Itu kalau aksesori, malah dalam telefonnya sendiri juga ada sedikit penambahan khas seperti bunyi shutter kamera yang berbeza, nada dering khas, koleksi khas gambar latar dan ikon aplikasi serta animasi pengecasan yang berbeza.

harga realme 10 pro coca-cola malaysia

Kita imbas kembali, telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 695 dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan 33W.

realme 10 pro coca-cola malaysia 29

Ia menjalankan realmeUI 4.0 berasaskan Android 13.

Selain itu, ia hadir dengan skrin LCD 120Hz yang mempunyai bezel kiri dan kanan senipis 1mm. Kameranya pula 108MP utama dan 2MP potret manakala swafoto pula 16MP.

Berkaitan

  • Lima Telefon Pintar Edisi Terhad Tahun 2022 Setakat Bulan Jun
  • realme C55 Dengan "Dynamic Island" Dan Kamera 64MP Hadir Pada Harga RM699
  • realme Smart TV 4K Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi
  • realme GT Neo 5 SE, Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 7+ Gen 2

Malaysia antara 5 negara yang memasarkan realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola ini dan ia dijual pada harga RM1399.

Kedai yang menjual realme 10 Pro Coca-Cola

  • Beli di TikTok Shop rasmi realme Malaysia melalui pautan INI.
  • Untuk senarai kedai realme yang menjualnya, rujuk imej di bawah.

beli realme 10 coca cola malaysia

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY