Lima Telefon Pintar Edisi Terhad Tahun 2022 Setakat Bulan Jun

Selain mengeluarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang padu, syarikat-syarikat pengeluar telefon turut mengeluarkan telefon edisi terhad dengan pelbagai tema.

Bahkan walaupun baru 6 bulan kita dalam tahun 2022, sudah banyak peranti edisi terhad dikeluarkan.

Oleh itu, artikel ini akan kongsikan lima telefon pintar edisi terhad tahun 2022 setakat bulan Jun.

{snap}

1. Red Magic 7 Pro Transformers


telefon edisi terhad

Edisi Red Magic 7 Pro Transformers menampilkan paparan AMOLED 6.8 inci dan menyokong kadar segar semula 120Hz.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 1, telefon ini dilengkapi dengan 18GB LPDDR5 RAM dan storan dalam 512GB UFS 3.1.

Bahagian belakang terdiri daripada kamera utama 64MP dan kamera kedua 8MP + 2MP manakala swafoto 16MP di hadapan.

Peranti ini dijana oleh bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 135W pada Android 12 OS berasaskan RedMagic OS 5.0 yang terkini.

Khusus untuk peminat gaming dengan tema Optimus Prime berwarna biru dan merah, serta varian bertemakan Decepticon, ia dilengkapi dengan sistem penyejukan pelbagai dimensi ICE 8.0 9 lapisan, menjadikannya telefon pintar gaming pertama dengan keluasan bahan penyejuk sehingga 41279mm² dan 4124mm² plat penyejuk VC yang besar.

{snap}

2. Samsung Galaxy Z Flip3 Pokemon




Bulan April lalu, Samsung mengumumkan telefon Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon dan telah dilancarkan di Korea Selatan.

Dijual pada harga 1,284,000 won (~RM4,539), ia telah habis dijual di Galaxy Campus Store di Seoul serta kedai dalam talian Samsung.

Telefon ini hadir dengan pakej kotak khas bertemakan Pokemon, pouch Pokemon khas, bekas lut sinar dengan pelekat Pikachu, pelekat Pokemon tambahan, soket pop Pokeball, dan rantai kunci Pikachu.

Samsung juga menyertakan pelan Samsung Care+ setahun percuma dengan semua pesanan yang dibuat melalui kedai dalam taliannya.

{snap}

3. realme GT Neo3 Naruto


telefon edisi terhad

realme telah mengeluarkan beberapa peranti edisi khas dan kali ini mereka mengeluarkan model edisi khas Naruto pada model GT Neo3.

Edisi khas realme GT Neo3 Naruto ini telah dilancarkan di China pada 26 Mei 2022.

Pada plat kamera di bahagian belakang, ditampilkan simbol Konohagakure bersama-sama dengan penjenamaan realme x Naruto di bawahnya.

Yang menariknya, set edisi khas ini didatangkan dengan beg skrol ninja, yang kelihatan seperti beg sandang mini.

GT Neo3 Naruto menampilkan paparan AMOLED Full HD+ 6.7 inci, dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Dikuasakan oleh cip 5nm MediaTek Dimensity 8100 5G yang dikonfigurasikan dengan sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan sehingga 256GB storan UFS 3.1.

Kameranya pula merangkumi sensor Sony IMX766 50MP utama, 8MP ultra lebar, dan kamera makro 2MP, serta kamera swafoto 16MP di bahagian hadapan.

Peranti ini juga direka dengan bateri 5,000mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas SuperDart 80W.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di China dari harga 1,999 yuan (~RM1,316).

{snap}

4. realme GT Neo2 Dragon Ball




Selain tema Pokemon, realme turut mengeluarkan GT Neo2 Dragon Ball edisi terhad, yang menggabungkan unsur-unsur daripada anime Dragon Ball pada produk dan reka bentuk UI telefon.

Peranti ini direka dengan warna oren dan biru yang diinspirasikan oleh pakaian ikonik Gokum serta kanji Goku di penjuru kanan atas dengan logo realme di bawah.

Dari segi dalaman, realme GT Neo2 Dragon Ball diubah suai dengan sebanyak 72 ikon UI aplikasi tersuai dengan Dragon Ball.

Semasa menghidupkan GT Mode (mod gaming), seolah-olah menyeru Naga Shenron manakala pengecasan pula menunjukkan perubahan Goku kepada Super Saiyan untuk memulihkan kuasa bateri ke 100%.

Kotaknya juga mengandungi pelbagai aksesori tambahan bertemakan Dragon Ball seperti pelekat rawak, kad Shenron, poster kecil, dan pin kad SIM dengan reka bentuk Dragon Ball.

Untuk spesifikasi, ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 870, 12GB RAM dan storan 256GB.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP, ultralebar 8MP, dan swafoto 2MP, dengan paparan FHD+  AMOLED 6.62 inci, dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

{snap}

5. realme 9 Pro+ Free Fire


telefon edisi terhad

Sekali lagi realme mengeluarkan telefon edisi terhad dan kali ini untuk tema permainan Free Fire.

Selain telefon, pakej dilengkapi dengan pengecas SuperDart 65W, peta Free Fire, pin kad SIM yang digayakan seperti pisau, dan pelekat realme dan Free Fire.

Turut serta koleksi khas yang boleh dituntut dengan kod uniknya dengan pergi ke gudang senjata Free Fire dalam permainan.

Ia juga hadir dengan wallpaper berilhamkan Free Fire dan tentunya aplikasi Free Fire yang telah diprapasang.

Dari segi spesifikasi, peranti ini direka dengan paparan Super AMOLED 6.4 inci, sokongan kadar segar semula 90Hz, Android 12 dan realme UI 3.0, cip MediaTek Dimensity 920, 8GB RAM, dan bateri 4,500mAh.

Kameranya pula terdiri daripada kamera lebar 50MP, ultralebar 8MP, makro 2MP, dan swafoto 16MP.

{snap}

Rumusan


Itulah dia antara lima telefon pintar edisi terhad yang telah dikeluarkan pada tahun 2022 setakat bulan Jun.

Jadi, peranti mana yang menambat hati anda?

Baca juga:

Berkaitan