Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme c55 malaysia

realme C55 Dengan “Dynamic Island” Dan Kamera 64MP Hadir Pada Harga RM699

Diterbitkan Mac 28, 2023 · Dikemas kini Mac 28, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

realme C55 kini rasmi untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM699. Tarikan utamanya ialah Mini Capsule yang dilihat seakan-akan Dynamic Island pada iPhone 14 Pro.

Telefon kelas pertengahan ini dikuasakan Mediatek Helio G88 dan GPU ARM Mali-G5. Ia mempunyai ketebalan senipis 7.89mm.

realme C55 Dengan “Dynamic Island” Dan Kamera 64MP Hadir Pada Harga RM699

RAM LPDDR4X pula terdapat dalam 6GB dan 8GB serta dipadankan dengan ROM sehingga 256GB.

harga realme c55

Ciri Dynamic RAM pula bolehkan anda nikmati RAM sehingga 16GB.

Sebelum kita ke spesifikasi lanjut, ketahuilah bahawa telefon ini mempunyai skrin LCD 90Hz yang bersaiz 6.72 inci untuk resolusi FHD+.

Kecerahan maksimumnya ialah 980 nit manakala kadar input sentuh pula sehingga 180Hz.

realme C55 Dengan “Dynamic Island” Dan Kamera 64MP Hadir Pada Harga RM699

Beralih ke bahagian belakang, 2 lensa di belakang ialah kamera 64MP utama dan 2MP.

Untuk swafoto pula, lensa 8MP diletakkan di hadapan dan menjadi sebahagian daripada Mini Capsule.

harga realme c55

Di dalam C55 ini terkandungan bateri sebesar 5000mAh. Ia menyokong pengecasan SuperVOOC 33W yang disertakan di dalam kotak.

Selain itu, ia mempunyai 3 slot iaitu 2 untuk kad SIM dan 1 untuk kad memori.

harga realme c55

Selain itu, peranti ini mengoperasikan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

realme C55 Dengan “Dynamic Island” Dan Kamera 64MP Hadir Pada Harga RM699

Dua warna tersedia di Malaysia ialah kuning Sunflower dan hitam Rainy Night.

  • 6GB/128GB – RM699
  • 8GB/256GB – RM799

Spesifikasi lebih terperinci boleh didapati di laman web realme.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Anugerah Telefon Wiser 2022 - Ini Senarai Pemenang
  • realme GT3 Dengan Pengecasan 240W Sah Masuk Malaysia
  • realme GT3 Rasmi Di Pasaran Global, Pengecasan Terpantas 240W Jadi Taruhan
  • realme C55 Terima Pengesahan SIRIM, Dijangka Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
  • realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule
  • realme Beri Bayangan Akan Keluarkan Telefon Lipat
  • realme Mungkin Perkenalkan Peranti Boleh Lipat Tidak Lama Lagi
  • realme Akan Lancar Model Baru realme 10T 5G Pada 21 Mac Ini

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY