Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi su7 ultra ferrari

Ferrari Mungkin Intai Teknologi Xiaomi Untuk Bangunkan ‘Supercar EV’ Sendiri

Diterbitkan Ogos 6, 2025 · Dikemas kini Ogos 6, 2025 oleh ariff bukhari

Ferrari dilaporkan mungkin mengkaji kereta elektrik berprestasi tinggi yang dibangunkan Xiaomi iaitu SU7 Ultra.

Ia selepas tersebar gambar di platform media sosial China, Weibo yang menunjukkan model EVXiaomi itu keluar dari kilang Ferrari di Maranello, Itali.

Beberapa blogger China juga turut mendakwa Ferrari telah mengunjungi ibu pejabat Xiaomi di Beijing untuk meneroka kerjasama berkaitan sistem pemanduan EV generasi baharu.

xiaomi su7 ultra
EV Xiaomi SU7 Ultra.
xiaomi su7 ultra

Ia bukanlah suatu yang luar biasa kerana adalah menjadi satu amalan biasa dalam industri automotif untuk menganalisis prestasi, bahan dan proses pemasangan pesaing.

Namun, ini menunjukkan Xiaomi SU7 Ultra menjadi penanda aras Ferrari untuk pembangunan kereta elektrik berprestasi tinggi mereka sendiri.

Xiaomi SU7 ultra_3
Xiaomi SU7 Ultra dijual pada tanda harga RMB 814,900 (~RM500,900) di China.

Xiaomi SU7 Ultra, yang dilancarkan pada 2024 telah menarik perhatian industri dan peminat automotif baru-baru ini selepas ia  berjaya memecah rekod sebagai Kereta Elektrik Eksekutif Terpantas di litar lumba Nürburgring Nordschleife, Jerman, dengan catatan masa 7 minit 4.957 saat.

Xiaomi SU7 Ultra dilengkapi tiga motor elektrik (dua V8 dan satu V6) yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 1,548 PS, mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 1.98 saat, dan mencapai kelajuan lebih 350 km/j.

Berkaitan

  • Xiaomi SU7 Ultra Dilancar, 0-100 km/j Dalam Masa 1.98 saat
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Isu Prestasi Permainan Pada Pelbagai Peranti Xiaomi Diperbaiki

Sumber: Modern Car Collector

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY