Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iss 2018

(Video) Simulasi Tunjukkan ‘Rupa’ Kelajuan ISS Ketika Mengorbit Bumi

Diterbitkan Ogos 5, 2025 · Dikemas kini Ogos 5, 2025 oleh ariff bukhari

Satu animasi simulasi yang menunjukkan kelajuan sebenar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mengorbit Bumi kini sedang tular.

Simulasi tersebut membayangkan bagaimana rupa ISS jika ia terbang hanya 10,000 kaki di atas tanah.

Simulasi yang menunjukkan ISS mengorbit pada kelajuan yang sangat pantas itu sehingga “berkelip pun boleh terlepas pandang” telah mengejutkan ramai pengguna internet.

Simulasi itu dibuat dengan menggunakan perisian permainan popular Microsoft Flight Simulator.

(Video) Simulasi Tunjukkan ‘Rupa’ Kelajuan ISS Ketika Mengorbit Bumi

Dalam realiti, ISS memang mengorbit Bumi pada kelajuan luar biasa.

Angkasawan yang  hidup dan bekerja di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dalam persekitaran mikrograviti  bergerak pada kelajuan sekitar lima batu sesaat atau kira-kira 28,000 km/jam.

Pada kelajuan ini, ISS mengelilingi Bumi setiap 90 minit sekali, menjadikannya antara struktur buatan manusia paling pantas yang pernah dicipta.

Dalam tempoh 24 jam, stesen ini akan menyempurnakan 16 kali mengelilingi Bumi, yang bermakna para angkasawan akan menyaksikan 16 kali matahari terbit dan terbenam dalam sehari yang mana ia merupakan satu fenomena unik yang tidak pernah dialami oleh manusia di permukaan Bumi.

Fenomena ini boleh memberi kesan terhadap kitaran tidur mereka, maka jadual dan pencahayaan dikawal secara ketat untuk mengekalkan ritma biologi angkasawan di ISS.

Berkaitan

  • Stesen Angkasa Antarabangsa Akan Dilupuskan, NASA Bayar SpaceX RM3.9 Bilion
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Apple iPad Kini Boleh Dikawal Dengan Fikiran

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY