Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sehingga 20 iPhone Digunakan Serentak Untuk Penggambaran 28 Years Later

Sehingga 20 iPhone Digunakan Serentak Untuk Penggambaran 28 Years Later

Diterbitkan Jun 2, 2025 · Dikemas kini Jun 27, 2025 oleh ariff bukhari

28 Years Later, sekuel dari filem terkenal 28 Days Later arahan Danny Boyle, bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Filem baru ini masih mengekalkan gaya visual yang unik dan mendebarkan seperti filem asal, tetapi dengan skala yang lebih besar.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa filem ini turut dirakam menggunakan telefon pintar Apple iaitu model iPhone 15 Pro Max.

Selain itu, pengarahnya juga berkongsikan bahawa mereka menggunakan format skrin yang sangat lebar iaitu aspek ratio 2.76:1 untuk mencipta rasa imersif kepada penonton.

Format itu biasa digunakan digunakan untuk layar Imax atau Ultra Panavision 70mm.

Jadi, bagi mendapatkan format yang sama menerusi iPhone, beliau menggunakan sehingga 20 iPhone untuk beberapa adegan di dalam filem tersebut untuk mencipta kesan khas yang unik.

Beberapa teknik kamera lain juga digunakan untuk mencipta suasana imersif itu termasuklah pengunaan dron, rig khas dan kamera yang dipasang terus pada badan pelakon.

‘28 Years Later‘ adalah filem Hollywood dengan bajet USD75 juta (~RM333.75 juta) menjadikannya sebagai filem terbesar setakat ini yang dihasilkan dengan telefon pintar.

Treler filem 28 Years Later sudah pun dikeluarkan yang diterbitkan oleh Sony Pictures Entertainment dengan tayangannya ditetapkan pada 20 Jun 2025.

Berkaitan

  • Filem Zombi Dengan Bajet RM333.75 Juta Ini Didapati Dirakam Menggunakan iPhone 15 Pro Max
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad

Sumber: ign

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY