Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PR Kits_HMD_1

Rasmi, HMD Akan Bawa Masuk 2 Telefon Pintar Baharu Ke Malaysia September Ini

Diterbitkan Ogos 28, 2024 · Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh ariff bukhari

HMD, hari ini mengumumkan akan melancarkan 2 telefon pintar baharu mereka untuk pasaran Malaysia iaitu HMD Skyline dan Pulse Series.

Barisan telefon pintar HMD itu akan dibawa masuk menerusi Zitron Fulfillment Sdn Bhd, pengedar sah untuk semua peranti HMD, di Malaysia.

HMD memaklumkan, HMD Skyline adalah telefon pintar 5G pertama mereka yang akan dilancarkan di Malaysia pada September 2024 akan datang.

Peranti itu dilengkapi dengan kamera hadapan 50 MP dengan ciri autofokus dan penjejakan mata.

Ia juga dilengkapi teknologi ‘isyarat selfie’ di mana pengguna hanya perlu membuat tanda damai atau salah satu daripada tiga gerak isyarat tangan lain untuk mengaktifkan kamera tanpa perlu menekan butang atau menetapkan pemasa.

HMD Skyline_1
HMD Skyline dilengkapi 3 kamera belakang OIS Hibrid 108MP dengan zum x4 serta mod ultra lebar 0.5 yang dipertingkatkan oleh AI Capture Fusion untuk perincian maksimum.

Selain HMD Skyline, HMD juga mengumumkan akan turut membawa masuk HMD Pulse Series iaitu HMD Pulse Pro, HMD Pulse+ dan HMD Pulse.

HMD menyatakan bahawa HMD Pulse Series menetapkan standard baharu dalam kebolehbaikan.

“Dengan ‘Kebolehbaikan Gen 1,’ peranti ini direka bentuk untuk mudah dibaiki oleh pengguna sendiri.”

HMD pulse pro_2

HMD berkata, pengguna kini boleh mengambil kit pembaikan sendiri hasil kerjasama dengan iFixit, membolehkan pengguna membaiki telefon mereka di rumah.

Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan misi HMD untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin mencari teknologi yang mampan dan boleh dibaiki pengguna sendiri.

Barisan telefon pintar HMD akan dibawa masuk oleh Zitron Fulfillment Sdn Bhd, pengedar sah untuk semua peranti HMD di Malaysia.

Nantikan butiran harga dan ketersediaannya apabila ia dilancarkan nanti pada September ini.

Sumber: Siaran media HMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tidak Lagi Nokia Mobile, Kini Dikenali HMD
  • Telefon Pintar Terbaru Siri HMD Pulse Tiba Di Malaysia, Harga Serendah RM639
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • HMD Lancar Barbie Phone - Telefon Lipat Retro Tanpa Media Sosial
  • HMD Pulse Pro Akan Dilancar Secara Rasmi 30 Ogos Ini Pada Harga RM739

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY