Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HMD Pulse

Telefon Pintar Terbaru Siri HMD Pulse Tiba Di Malaysia, Harga Serendah RM639

Diterbitkan Mei 7, 2024 oleh ariff bukhari

HMD secara rasminya membawa masuk telefon pintar pertama mereka ke pasaran Malaysia dengan melancarkan 2 varian dari model HMD Pulse iaitu HMD Pulse Plus dan HMD Pulse Pro.

HMD Pulse+

Dikuasakan cip pemprosesan Unisoc T606 berasaskan teknologi pemprosesan 12nm dengan arkitektur GPU Arm G57, ia dipadankan dengan RAM4GB (ditawar dengan pilihan Virtual RAM 4GB, 6GB, 8GB) serta storan 128GB.

Jika saiz storan itu tidak memadai untuk anda, HMD Pulse+ tersedia dengan slot kad MicroSD yang menyokong sehingga 256GB serta paparan HD 6.56 inci.

HMD Pulse+

HMD Pulse Pro

Juga dikuasakan cip pemprosesan Unisoc T606, ia dilengkapi storan 128GB (juga tersedia slot kad MicroSD) serta RAM6GB (juga menyokong Virtual RAM 4GB, 6GB, 8GB).

Saiz skrin juga sama iaitu 6.56 inci dengan kadar segar 90Hz.

HMD Pulse Pro

Perbezaan ketara antara HMD Pulse Plus dengan HMD Pulse Pro adalah spesifikasi kamera swafoto dan sokongan  kuasa pengecasan di mana HMD Pulse Plus menyokong pengecas berkuasa 10W sahaja.

Sementara HMD Pulse Pro menyokong pengecasan pantas 20W.

HMD Pulse Plus dan HMD Pulse Pro sudah pun boleh dibeli terus dari stor rasmi atas talian di Shopee dan Lazada dengan masing masing berharga RM639 dan RM779.

Beli HMD Pulse Plus dan HMD Pulse Pro di:

  • Shopee – https://invl.io/cll3coh
  • Lazada – https://invol.co/cll3cox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY