Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HMD Barbie_1

HMD Lancar Barbie Phone – Telefon Lipat Retro Tanpa Media Sosial

Diterbitkan Ogos 28, 2024 · Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh Amalina Athman

Mula diacah di MWC 2024 pada awal tahun ini, HMD dengan kerjasama Mattel kini mengumumkan Barbie Flip Phone untuk pasaran global. Peranti ini nampaknya merupakan versi Nokia 2660 Flip yang sedikit diubah suai.

Dengan rekaan retro tanpa media sosial, HMD Barbie Phone menampilkan skrin utama bersaiz 2.8-inci dan skrin luaran 1.77-inci. Di bahagian belakang, ia menempatkan kamera tunggal VGA 0.3MP.

HMD Barbie_2
HMD Barbie_3

Telefon lipat retro ini dikuasakan cip pemproses Unisoc T107 dengan 64MB RAM dan 128MB storan yang menyokong sehingga 32GB melalui slot kad mikroSD. Sementara bahagian perisian dijalankan oleh sistem operasi S30+.

HMD Barbie_4
HMD Barbie_5

Selain itu, HMD Barbie Phone dilengkapi bateri boleh tanggal berkapasiti 1,450mAh dan kabel USB-C, masing-masing berwarna merah jambu. Tidak hanya itu, ia juga didatangkan bersama kain penggilap, pelekat, dua penutup belakang yang boleh diganti serta beberapa aksesori lain.

Lain-lain termasuk sokongan dua SIM, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm dan port USB-C untuk pengecasan dan pemindahan data.

Harga dan ketersediaan

HMD Barbie_6

HMD Barbie Phone berharga €129 (~RM625) di pasaran Eropah. Buat masa ini, tidak diketahui jika atau bila ia akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

{suggest}

Sumber: HMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY