Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prasarana Sahkan Insiden Serangan Siber

Rapid Rail Bakal Perkenal Sistem Pemantauan Kepadatan Tren Secara Langsung

Diterbitkan September 23, 2025 · Dikemas kini September 23, 2025 oleh Amalina Athman

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) kini dalam usaha memperkenalkan sistem pemantauan kepadatan tren secara langsung bagi membolehkan penumpang mengetahui kedudukan gerabak yang penuh atau kosong sebelum tren tiba di platform.

Memetik laporan Bernama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Nor Azmi Mohd Yusof berkata inisiatif ini sejajar dengan usaha menangani isu kesesakan serta meningkatkan pengalaman pengguna perkhidmatan rel di Lembah Klang yang kini mencatat lebih sejuta penumpang harian.

Rapid Rail sedang mewujudkan sistem yang membolehkan data dipantau secara langsung dengan memaparkan kepadatan tren mengikut gerabak. Jadi pengguna akan tahu tren yang akan datang ini, gerabak mana yang penuh, gerabak mana yang kosong. Pengguna akan lebih selesa kerana sudah tahu di kawasan pintu mana yang harus dia beratur.

Dari aspek keselamatan, Nor Azmi memaklumkan Rapid Rail sedang menaik taraf sistem kamera litar tertutup (CCTV) sedia ada kepada sistem CCTV berasaskan kecerdasan buatan (AI) di semua fasiliti.

Menurutnya, sistem CCTV baharu itu bukan sahaja mampu meningkatan tahap pemantauan keselamatan, malah boleh mengesan tingkah laku mencurigakan, jantina penumpang di dalam gerabak wanita serta mengesan objek berbahaya seperti senjata.

Berkaitan

  • Pengguna Kini Boleh Tempah Van Rapid KL Menerusi Aplikasi Rapid On-Demand
  • Pas My50 Boleh Diperbaharui Guna TNG eWallet Mulai 1 Julai - Ini Caranya
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY