Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Kini Boleh Tempah Van Rapid KL Menerusi Aplikasi Rapid On-Demand

Pengguna Kini Boleh Tempah Van Rapid KL Menerusi Aplikasi Rapid On-Demand

Diterbitkan Jun 9, 2025 oleh ariff bukhari

Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan Rapid KL On-Demand, akan memperkenalkan 13 zon baharu bermula 9 Jun 2025.

Inisiatif ini bertujuan memudahkan lagi perjalanan penduduk di Lembah Klang, terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan MRT.

Pada masa yang sama, Rapid Bus turut melancarkan aplikasi tempahan baharu yang dinamakan Rapid On-Demand.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat tempahan perkhidmatan van Rapid KL dengan lebih mudah, terutama di zon-zon yang menyambung ke laluan MRT bermula hari ini.

Pengguna Kini Boleh Tempah Van Rapid KL Menerusi Aplikasi Rapid On-Demand
Zon-zon yang boleh ditempah melalui aplikasi Rapid On-Demand baharu ini akan dikembangkan secara berperingkat ke lebih banyak zon dalam masa terdekat.

Menurut Encik Amir Hamdan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Rapid Bus, aplikasi ini dibangunkan dengan fokus kepada kemudahan pengguna.

Ia memberikan pengalaman tempahan yang lebih mesra, cepat dan responsif.

Setakat ini, perkhidmatan Rapid KL On-Demand telah merangkumi 47 zon dan menawarkan jaminan tempat duduk.

Perkhidmatan ini boleh ditempah setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga 11.30 malam, memberi fleksibiliti kepada pengguna dalam merancang perjalanan mereka.

Bagi menggalakkan orang ramai untuk mencuba perkhidmatan ini,
khususnya sebagai sambungan perjalanan “first-last mile”, tambang promosi RM1.00 untuk setiap perjalanan diteruskan, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan:

  • Kad Touch ‘n Go
  • Kad debit atau kredit
  •  Kad Konsesi MyRapid
  • Pas Perjalanan OKU Smile
  • Pas Perjalanan Tanpa Had (My50, MyCity & Pas Famili)

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi Rapid On-Demand secara percuma di
Google Play Store dan Apple App Store.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Astro Tawar Langganan Max Separuh Harga Selama 12 Bulan - Serendah RM16.96/Bulan
  • Prime Video Kini Termasuk Dalam Langganan Pek Epik Astro - Tanpa Caj Tambahan

Sumber: MyRapid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY