Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pas my50 TNG eWallet

Pas My50 Boleh Diperbaharui Guna TNG eWallet Mulai 1 Julai – Ini Caranya

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh Amalina Athman

Pas perjalanan tanpa had My50 boleh diperbaharui dan diaktifkan secara digital melalui aplikasi TNG eWallet, bermula 1 Julai 2025.

Dalam kenyataannya, Prasarana memaklumkan inisiatif ini selaras dengan dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan pengangkutan awam negara dan menyokong agenda negara ke arah penggunaan tanpa tunai.

Cara perbaharui dan aktifkan Pas My50

Untuk mengaktifkan pas My50 secara digital, pengguna perlu mempunyai kad TNG NFC atau TNG charm, dan memautkannya ke aplikasi TNG eWallet. Pastikan juga peranti menyokong fungsi NFC.

Setelah itu, ikut langkah-langkah di bawah:

1. Buka aplikasi TNG eWallet dan lengkapkan eKYC jika belum.

2. Tekan “More” di menu utama dan cari “Travel Pass” di bahagian “Transport”. Klik “Select an enhanced TNG card”.

My50 TNG eWallet_1

3. Pilih kad dan tekan “Select Card”. Jika tiada pilihan kad, tekan “Add a card” untuk menambah kad TNG NFC. Setelah itu, sentuh kad pilihan.

My50 TNG eWallet_2a

4. Seterusnya, klik “Choose your pass start date” dan pilih tarikh mula pengaktifan My50 > Apply. Baca dan setuju terma & syarat, kemudian tekan “Confirm”.

My50 TNG eWallet_3a

5. Klik “Pay” untuk pembayaran. Sentuh semula kad TNG pada telefon pintar untuk melengkapkan pengaktifan.

My50 TNG eWallet_4a

Selepas aktif, kad boleh digunakan untuk perjalanan tanpa had selama 30 hari di LRT, MRT, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang. Pastikan kad mempunyai baki minimum RM5 apabila digunakan untuk sebarang perkhidmatan Rapid KL.

Bagi pengguna pengangkutan awam atau warga emas yang belum biasa dengan aplikasi atau tidak mempunyai TNG eWallet, pembaharuan atau pengaktifan pas My50 masih boleh dilakukan seperti biasa menggunakan MyKad di kaunter Rapid KL.

Untuk fasa seterusnya, Prasarana bakal memperluaskan inisiatif pendigitalan kepada produk lain seperti pas MyCity.

Langkah ini bertujuan untuk mempertingkat kemudahan akses, mengurangkan kebergantungan kepada transaksi tunai, selain memberikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan pantas.

Berkaitan

  • Rapid KL Perkenal Pas MyCity 2 Hari
  • My50 Akan Tersedia Dalam Aplikasi TnG eWallet
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Pengguna Kini Boleh Tempah Van Rapid KL Menerusi Aplikasi Rapid On-Demand

Gambar utama: BERNAMA Radio

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY