Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian Kabel Gentian Optik Kesan Kebocoran Air, UK Jimat 2 Juta Liter Air Sehari

Rangkaian Kabel Gentian Optik Kesan Kebocoran Air, UK Jimat 2 Juta Liter Air Sehari

Diterbitkan Mac 16, 2026 · Dikemas kini Mac 16, 2026 oleh ariff bukhari

Projek perintis di UK oleh Openreach, Affinity Water dan Lightsonic menggunakan teknologi berasaskan kabel gentian optik untuk mengesan kebocoran paip air menunjukkan hasil positif.

Dalam masa tiga bulan, sistem ini telah berjaya mengesan lebih 100 kebocoran disepanjang 650 km paip air di lima bandar. sekali gusmenjimatkan kira-kira 2 juta liter air sehari, cukup untuk kegunaan 10,000 pengguna.

Mendapatkan semula 2 megaliter air setiap hari ini juga adalah bersamaan dengan anggaran pengurangan sehingga 300 tan CO₂ setiap tahun.

Teknologi yang dkenali sebagai Distributed Acoustic Sensing (DAS) ini menukar kabel gentian optik kepada ribuan sensor yang mampu mengesan getaran halus daripada kebocoran.

Algoritma pembelajaran mesin digunakan untuk menapis bunyi latar seperti trafik dan kerja jalan, lalu mengenal pasti lokasi kebocoran dengan ketepatan beberapa meter.

Kelebihan sistem ini adalah beroperasi 24/7, pemantauan berterusan tanpa perlu menggali, pengesanan lebih pantas, kurang gangguan kepada orang awam, serta mudah diperluas menggunakan infrastruktur sedia ada.

Openreach yang mengendalikan rangkaian digital UK berkata, selain kebocoran air, teknologi ini juga berpotensi digunakan untuk mengesan kebocoran gas dan memantau struktur seperti jambatan serta terowong.

England dan Wales kehilangan kira-kira tiga bilion liter air terawat setiap hari – bersamaan dengan lebih daripada 1,200 kolam renang Olimpik.

Projek ini menyokong matlamat industri air UK untuk mengurangkan separuh kadar kebocoran menjelang 2050, di samping membantu mengurangkan pelepasan karbon.

Berkaitan

  • Kenali Saintis Malaysia Yang Namanya Diabadikan Pada Spesis Baharu Parasit Ikan Kap
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Tayar Linglong Didapati Lebih Cemerlang Dalam Ujian Jalan Basah, Atasi Jenama Utama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY